Tuesday, September 6, 2016

Tak tidur malam bimbang ditipu Sinar Harian

Tak tidur malam bimbang ditipu Sinar Harian
Karim bersama isterinya menunjukkan wang RM1,000 selepas terpilih menjadi pemenang PR1M ketika ditemui Sinar Harian di kediaman mereka, semalam.
HULU BERNAM - Pasangan suami isteri, Karim Awang, 68, dan isterinya, Sabariah Nordin mengakui, tidak dapat tidur malam akibat bimbang ditipu Sinar Harian selepas menerima panggilan bakal memenangi wang tunai RM1,000 dalam Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M).

Karim berkata, isterinya yang paling risau sehingga tidak dapat lelapkan mata.
“Isteri pakcik tak dapat tidur kerana anak-anak kerap pesan hati-hati kalau masuk peraduan begini.
“Selagi tak terima wang, memang kami rasa tak senang hati kerana bimbang ditipu saja, tetapi saya dah yakinkan dia peraduan ni tak menipu, sebab saya dah baca hari-hari memang ada pemenang.
“Cuma kami anggap ni rezeki kamilah kerana menjadi salah seorang pemenang PR1M dan memang tak jangka pun menang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, bermula tahun ini, dia mula menghantar penyertaan dan akan ke pejabat pos setiap hari sebelum jam 9 pagi bagi tujuan penghantaran borang.

“Sampul surat dan setem pun saya dah sediakan awal-awal, jadi sebelum jam 9, saya akan pastikan borang dihantar.
“Masuk peraduan pun bukanlah mahu menang sangat. Saya ni pesara jadi masa banyak dihabiskan di rumah.
“Dengan menjawab soalan dan hantar ke pejabat pos, sekurang-kurangnya masa saya tidak dibazirkan begitu saja,” katanya.

Menurutnya, hobinya membaca sejak zaman bujang sekurang-kurangnya membuahkan hasil.
“Saya memang beli surat khabar setiap hari untuk tahu perkembangan semasa.
“Jadi bila nampak ada peraduan ni, kita cuba nasib saja. Tak sangka pula ada rezeki kami," katanya.

Karim berkata, wang peraduan yang dimenanginya itu akan disedekahkan ke tabung untuk anak-anak yatim di masjid berdekatan dan selebihnya digunakan untuk persiapan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.

1 comment:

  1. ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH


    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208)


    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    angka;GHOIB: singapura

    angka;GHOIB: hongkong

    angka;GHOIB; malaysia

    angka;GHOIB; toto magnum

    angka”GHOIB; laos…

    angka”GHOIB; macau

    angka”GHOIB; sidney

    angka”GHOIB: vietnam

    angka”GHOIB: korea

    angka”GHOIB: brunei

    angka”GHOIB: china

    angka”GHOIB: thailand

    ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
    0823-9177-2208
    saya pak alresky posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa

    ReplyDelete