Tuesday, September 20, 2016

Tong dram mayat Kevin Morais ditemui di paya, kata saksi di mahkamah

FMT | September 20, 2016
Lokasi itu agak sunyi, tidak mempunyai penempatan, merupakan sebuah kawasan berpaya dikelilingi semak samun, lalang setinggi paras bahu dan terletak bersebelahan jalan raya.
kevin-morais_law_tong_600
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu sebuah tong dram mengandungi mayat Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais, yang disumbat dalam guni dan disimen, ditemui di dalam sebuah paya hitam dan busuk di Subang Jaya dekat Petaling Jaya.

Anggota Pasukan Khas Jenayah Terancam (STAFOC) Bukit Aman ASP Badrul Hisyam Abd Hamid yang merupakan saksi ke-31 bagi kes itu berkata mayat itu ditemui berdasarkan maklumat yang diberi oleh tertuduh ke-6, S.Nimalan, 23.

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, saksi itu berkata pada 16 Sept 2015, Nimalan memandu arah beliau, Pegawai Penyiasat ASP Wan Abdullah Wan Said, jurugambar, pasukan forensik termasuk penyelam dan anggota bomba ke sebuah kawasan di Subang Jaya, yang terletak hanya 10 minit dari Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.

Beliau berkata lokasi itu, yang agak sunyi dan tidak mempunyai penempatan, merupakan sebuah kawasan berpaya dikelilingi semak samun, lalang setinggi paras bahu dan terletak bersebelahan jalan raya menuju ke kawasan perindustrian.

“Sampai di sana, tertuduh dengan kedua-dua tangannya bergari di hadapan dibawa keluar dari kenderaan dan dibawa ke kawasan paya. Dia kemudian berkata ‘dekat sini tuan’. Tempat yang tertuduh tunjukkan terdapat kesan lalang seperti ditekan dan tayar kenderaan,” katanya pada perbicaraan kes pembunuhan Kevin Morais, yang masuk hari ke-21 hari ini.

Hasil siasatan di kawasan itu, Badrul Hisyam berkata pihak forensik kemudian menemui sebuah tong dram berwarna putih dan merah di dasar paya itu, yang kedalamannya dianggarkan satu meter.
“Kira-kira 6 anggota forensik cuba membawa naik tong dram tersebut. Tong itu sangat berat dan 6 anggota sukar menaikkannya.



“Akhirnya tong itu dikeluarkan (dari paya) apabila anggota forensik mengikatnya dengan tali yang disambungkan ke belakang kenderaan mereka,” katanya.
Badrul Hisyam berkata selepas tong dram itu dibawa naik, anggota bomba kemudian memotong bahagian sisi dan tengah tong untuk melihat isi kandungan.

“Semasa potongan di bahagian sisi dibuat, keluar batu kelikir bersalut simen dan saya dapat lihat di dalam tong tersebut mengandungi guni dan campuran simen. Selepas itu, anggota bomba potong bahagian tengah tong itu dan ketika tong dibuka, saya lihat gigi manusia melalui lubang pada guni tersebut,” katanya.

Saksi itu berkata seramai 4 anggota forensik kemudian menarik guni tersebut namun, beliau tidak dapat melihat isi kandungan guni itu kerana ia tidak dibuka.
Terdahulu, Badrul Hisyam berkata beliau menemui Nimalan ketika ditugaskan di IPD Kuala Muda, Kedah pada 15 Sept 2015.

“Pada 15 Sept, saya ditugaskan ke Kedah. Sebaik tiba di Kedah, pegawai atasan Supt Shazali memaklumkan membuat satu tangkapan dan meminta saya ke IPD Kuala Muda dan menyoal siasat seorang tertuduh iaitu Nimalan,” katanya.
Beliau kemudian diarahkan membawa Nimalan ke IPD Subang Jaya di mana tertuduh memberitahunya mengenai lokasi mayat Kevin Morais dibuang ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Enam lelaki – G. Gunasekaran, 48, R.Dinishwaran, 24, A.K. Thinesh Kumar, 23, M.Vishwanath, 26, Nimalan dan S.Ravi Chandaran, 45, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara 7 pagi dan 8 malam, 4 Sept, 2015, di antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.
Kolonel Dr R. Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok.

1 comment:

  1. ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH


    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208)


    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    angka;GHOIB: singapura

    angka;GHOIB: hongkong

    angka;GHOIB; malaysia

    angka;GHOIB; toto magnum

    angka”GHOIB; laos…

    angka”GHOIB; macau

    angka”GHOIB; sidney

    angka”GHOIB: vietnam

    angka”GHOIB: korea

    angka”GHOIB: brunei

    angka”GHOIB: china

    angka”GHOIB: thailand

    ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
    0823-9177-2208
    saya pak alresky posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa

    ReplyDelete