Monday, September 19, 2016

Ular Sawa Dijadikan Mahar. Hadoii

19/9/16

Foto pasangan tersebut bersama
Foto pasangan tersebut bersama "mahar" mereka (Foto: China Daily)

JINLIN – Perhiasan emas kerap digunakan sebagai mas kahwin atau mahar dari pasangan yang akan menikah. Namun, ada pasangan di China yang memilih menjadikan ular sawa sebagai pengganti mahar perhiasan di perkahwinan mereka. 

Sebagaimana dikutip dari China Daily,  19/9/2016  sang mempelai lelaki, Wu Jianfeng mengahwini mempelai wanitanya Jiang Xue di Kota Jinlin, Provinsi Jinlin pada Jumaat 16 September. Di tengah upacara perkahwinan, keduanya langsung bersiap mengikuti ritual pertukaran mahar.

Tapi bukannya cincin, Jiang tampak membawa ular sawa Burma betina seberat 15 kilogram yang dia berikan ke Jianfeng. Begitu juga sebaliknya, Jianfeng membawakan ular sawa burma jantan seberat 30 kilogram yang dia serahkan kepada sang mempelai wanita. 

Pasangan ini tanpa ragu menggunakan dua ekor ular besar tersebut sebagai mahar dari upacara penyatuan cinta mereka. Dilaporkan, ular sawa Burma merupakan satu dari lima spesies ular terbesar di dunia. (emj)

No comments:

Post a Comment