Thursday, September 29, 2016

Wanita 'pakai buang' di Asia Selatan

Wanita 'pakai buang' di Asia Selatan
Salah seorang wanita yang menceritakan suaminya telah berkahwin sebelum itu.
LONDON - BRITAIN. Satu laporan mengesa supaya amalan beberapa lelaki Asia Britain menganiaya wanita Asia Selatan dengan meninggalkan mereka sebaik lepas berkahwin dikategorikan sebagai satu bentuk keganasan rumah tangga.

Ahli akademik di Universiti Lincoln mendapati, lelaki ini mengambil ribuan pounds dari keluarga isteri baharu mereka dan menggunakkan wanita sebagai hamba domestik.

Wanita 'pakai buang' ini juga sering didera secara fizikal dan kemudian ditinggalkan ketika berpindah ke UK atau kebiasaanya ketika masih berada di India.

Ada yang dibawa sementara ke UK tetapi kemudian dibawa pulang ke India kononnya untuk bercuti dimana pasport mereka diambil.
Ramai wanita menyembunyikan hakikat bahawa perkara seumpama itu berlaku kepada mereka.
Ahli akademik menghabiskan lebih setahun mencari 57 wanita di India yang pernah berdepan situasi ini dan berkongsi cerita mereka.

Perkahwinan idaman
Perkahwinan bagi Sunita (bukan nama sebenar) bermula apabila dia sentiasa mengimpikan perkahwinan besar-besar di Punjab dengan ratusan tetamu dan gaun perkahwinan indah.
"Semuanya baik," katanya sambil menunjukkan gambar perkahwinanya di telefon bimbit.
Selepas perkahwinan itu, suami baharunya tinggal dengannya selama sebulan di India sebelum pulang ke rumahnya di UK.

Sunita mengharapkan dia datang semula ke India tidak lama selepas itu untuk membawa dia bersama-sama tinggal disana namun jangkaannya meleset.
"Setelah setahun tetapi dia masih tidak pulang.
"Saya  sering bertanya beberapa kali, bila dia akan pulang ke India dan dia akan menjawab  bukan sekarang, lain kali.
"Dia minta banya benda dari saya. Ada kalanya duit dan adakalanya perabot," katanya dipetik BBCNews.

Suami Sunita akhirnya tidak menghubunginya dan sejak itu dia tidak pernah bertemu dan kemudian mendapat tahu bahawa dia sudah berkahwin dengan wanita lain di UK.

Seperti biasa di India dan beberapa negara lain di Asia Selatan, keluarga Sunita telah memberikan keluarga suaminya hampir £3000 (RM16,068) dan £4000 (RM21,425) emas sebagai hantaran perkahwinan.
Tambah Sunita lagi, suami serta mertuanya turut menderanya secara fizikal.
"Setiap kali saya mempersoalkan sebab dia berkahwin dengan saya, mereka pasti akan memukul saya, hanya kerana bertanyanya soalan sebegitu," katanya

Sunita bukanlah berasal dari keluarga berada dan bapanya yang bersamanya ketika ditemuramah jelas kecewa dengan apa yang berlaku.
Dia menghabiskan beribu-ribu pound untuk perkahwinan dan berfikir akan memberikan kebahagia kepada anaknya itu, namun sebaliknya berlaku.
Menurut penyelidik, masalah ini wujud di Pakistan dan Bangladesh di mana perkahwinan membabitkan warga yang tinggal di United Kingdom (UK), Amerika Syarikat, Kanada dan negara-negara lain.

Dr Sundari Anitha, dari Pusat Pengajian Sosial dan Sains Politik di Universiti Lincoln, bercakap kepada wanita secara peribadi terlibat dalam beberapa lawatan ke Punjab, Delhi dan Gujarat di India.

Dia telah bertemu dengan wanita yang memberikan sebanyak £25,000 sebagai hantaran perkahwinan sebelum ditinggalkan, dirogol oleh suami baharu mereka malah ada yang telah mempunyai anak dan ditinggalkan malah ada yang disuruh menjadi hamba domestik.

Laporan itu mencadangkan Britain mengklafikasikan kes sebegini sebagai satu bentuk keganasan rumah tangga dan menawarkan perlindungan kepada wanita yang dipergunakan oleh lelaki Britain walaupun mereka tidak pernah tinggal di UK.

Sementara itu, Jurucakap Home Office berkata, kerajaan ini tidak akan bertolak ansur dengan penyalahgunaan melalui perkahwinan atau dalam apa-apa hubungan lain.

"Kami telah mendahului dalam menangani perhambaan moden, perkahwinan paksa dan keganasan rumah tangga dan akan terus berbuat demikian.
"Kita akan melihat dengan teliti bukti di mana tindakan lanjut mungkin membantu untuk mencegah penyalahgunaan atau memberi sokongan  kepada mangsa".

No comments:

Post a Comment