TEXAS - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki yang dirakam menarik rambut
anaknya di sebuah pasaraya kelmarin disiasat oleh polis selepas orang
ramai marah.
Menurut laporan 9News, kejadian tersebut dirakam oleh Erika Burch yang kemudian memuatnaik foto kejadian di Facebook.
Kata Erika, ketika kejadian, beliau meminta lelaki berkenaan melepaskan
anaknya tetapi gagal dan mereka mula bertengkar di pasaraya Walmart
berkenaan.
"Sarjan polis memberitahu mereka tidak boleh mendakwa lelaki tersebut
kerana tiada kesan lebam yang jelas (untuk menjadikan ianya kes dera),"
kata Erika di Facebook.
Erika kemudian menunjukkan gambar yang dirakam kepada polis terbabit namun maklum balas polis masih menghampakan.
Polis Cleveland memberitahu mereka menerima beratus-ratus panggilan
yang meminta kejadian tersebut diambil serius selepas ianya viral di
laman sosial.
Perkhidmatan Perlindungan Kanak-kanak juga bakal menyiasat kejadian terbabit.
Sinar
No comments:
Post a Comment