Sunday, October 2, 2016

Ayah tarik rambut anak disiasat

Ayah tarik rambut anak disiasat
Foto yang dimuatnaik oleh Erika Burch di Facebook.
TEXAS - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki yang dirakam menarik rambut anaknya di sebuah pasaraya kelmarin disiasat oleh polis selepas orang ramai marah.
Menurut laporan 9News, kejadian tersebut dirakam oleh Erika Burch yang kemudian memuatnaik foto kejadian di Facebook.

Kata Erika, ketika kejadian, beliau meminta lelaki berkenaan melepaskan anaknya tetapi gagal dan mereka mula bertengkar di pasaraya Walmart berkenaan.
"Sarjan polis memberitahu mereka tidak boleh mendakwa lelaki tersebut kerana tiada kesan lebam yang jelas (untuk menjadikan ianya kes dera)," kata Erika di Facebook.
Erika kemudian menunjukkan  gambar yang dirakam kepada polis terbabit namun maklum balas polis masih menghampakan.

Polis Cleveland memberitahu mereka menerima beratus-ratus panggilan yang meminta kejadian tersebut diambil serius selepas ianya viral di laman sosial.
Perkhidmatan Perlindungan Kanak-kanak juga bakal menyiasat kejadian terbabit.
Sinar

No comments:

Post a Comment