Sunday, October 16, 2016

Banyak wang dibazirkan biaya penyelidikan tak berguna

 | October 16, 2016
Prof Tajuddin Rasdi berkata para penyelidik sepatutnya membayangkan kehidupan masa hadapan yang lebih baik
tajuddin-1
PETALING JAYA: Seorang profesor universiti mengkritik usaha penyelidikan masa kini sebagai “terpisah daripada keperluan masyarakat”.

Bercakap kepada FMT, Mohd Tajuddin Mohd Rasdi daripada Universiti UCSI berkata banyak penyelidikan yang dihasilkan tidak beri manfaat kepada masyarakat manakala ada berpotensi pula tidak diteruskan.
Keadaan itu hanya mensia-siakan dana kerajaan, katanya.

“Geran seharusnya diberi kepada usaha penyelidikan yang berkaitan dengan keperluan orang ramai, seperti kesihatan, keselamatan, keharmonian sosial dan jenayah,” katanya.
“Banyak wang dibelanjakan untuk penyelidikan dan geran, tetapi tiada siapa tahu apa jadi dengan semua usaha itu.”

Beliau mengambil contoh seorang penyelidik yang diberi geran untuk mengkaji tenaga solar 20 tahun lalu.
“Apa jadi dengan penyelidikan itu? Tiada siapa tahu bagaimana ia memberi manfaat kepada masyarakat. Jika kos terlalu mahal, mengapa tidak penyelidik itu mengkaji bahan panel solar yang lebih murah? Kita mungkin mendapat manfaat darinya jika penyelidikan itu dilakukan dengan baik.”
Tajuddin mengenang ketika beliau menjadi juri penyelidikan untuk kerja sosial. 

Beliau terkejut kerana tiada seorang daripada 10 profesor terlibat dapat menjawab soalan berkenaan tujuan penyelidikan itu.
“Mereka tak nampak gambaran yang lebih besar bagaimana ia akan menyumbang kepada masyarakat. Ini menunjukkan ahli akademi gagal membayangkan kehidupan masa hadapan.
“Kebanyakan penyelidikan kita untuk mengisi ruang kosong dalam isu yang mereka ketengahkan. Tidak ubah seperti pelancongan akademi, penyelidikan demi penyelidikan dihasilkan tanpa impak kepada masyarakat.”

Beliau beri contoh perkara yang perlu diselidik:
Pencemaran udara: “Kita salahkan Indonesia bila jerebu bermusim melanda, tetapi saya belum temui penyelidikan tentang bagaimana pencemaran kereta menjejaskan kawasan bandar.”

Denggi: Tidak ada penyelidikan yang mantap ditujukan kepada kejuruteraan genetik nyamuk dan tidak ada kajian serius ke atas masalah yang dihadapi pihak berkuasa tempatan membersihkan kawasan yang mudah diserang denggi.

Salah guna dadah: Tidak ramai orang menyelidik kaedah yang digunakan untuk membeli dan menjual dadah.

Keselamatan awam dan jenayah: “Perlu ada penyelidikan tentang membina rumah yang lebih baik dan lebih selamat bagi menghalang pecah masuk. Ahli akademi juga perlu menyelidik keselamatan kanak-kanak kerana jumlah kanak-kanak yang dilanggar kereta atau jatuh bangunan meningkat. Jika penyelidikan dilakukan dengan baik, pemaju boleh bina rumah yang lebih baik.”

Keharmonian sosial: “Saya belum temui penyelidikan tentang keharmonian sosial antara orang bukan Melayu dan orang Melayu. Pada ketika ini, semua ulasan yang kita dengar cuma andaian semata-mata.”
Tajuddin mencadangkan penubuhan badan pemikir pelbagai displin di semua universiti untuk mengkaji geran penyelidikan sebelum diluluskan. Katanya panel badan pemikir itu perlu dianggotai wakil badan bukan kerajaan dan wakil rakyat.

Beliau menambah Kementerian Pendidikan Tinggi perlu mewajibkan semua profesor menulis buku mengenai usaha penyelidikan mereka dan menghasilkan video YouTube menjelaskan usaha itu kepada orang kebanyakan.
Katanya profesor yang terima geran penyelidikan RM1 juta dan ke atas harus mengadakan wacana terbuka tentang penyelidikan mereka.

Beliau mencadangkan Kementerian Pendidikan Tinggi mengarahkan universiti awam supaya bekerjasama dengan pelajar sekolah menengah supaya mereka terdedah kepada usaha penyelidikan dan menguja minat mereka.
FMT

1 comment:

  1. ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH


    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208)


    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    angka;GHOIB: singapura

    angka;GHOIB: hongkong

    angka;GHOIB; malaysia

    angka;GHOIB; toto magnum

    angka”GHOIB; laos…

    angka”GHOIB; macau

    angka”GHOIB; sidney

    angka”GHOIB: vietnam

    angka”GHOIB: korea

    angka”GHOIB: brunei

    angka”GHOIB: china

    angka”GHOIB: thailand

    ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
    0823-9177-2208
    saya pak alresky posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa

    ReplyDelete