Prof Tajuddin Rasdi berkata para penyelidik sepatutnya membayangkan kehidupan masa hadapan yang lebih baik
PETALING JAYA: Seorang profesor universiti mengkritik usaha
penyelidikan masa kini sebagai “terpisah daripada keperluan masyarakat”.
Bercakap kepada FMT, Mohd Tajuddin Mohd Rasdi daripada Universiti
UCSI berkata banyak penyelidikan yang dihasilkan tidak beri manfaat
kepada masyarakat manakala ada berpotensi pula tidak diteruskan.
Keadaan itu hanya mensia-siakan dana kerajaan, katanya.
“Geran seharusnya diberi kepada usaha penyelidikan yang berkaitan
dengan keperluan orang ramai, seperti kesihatan, keselamatan,
keharmonian sosial dan jenayah,” katanya.
“Banyak wang dibelanjakan untuk penyelidikan dan geran, tetapi tiada siapa tahu apa jadi dengan semua usaha itu.”
Beliau mengambil contoh seorang penyelidik yang diberi geran untuk mengkaji tenaga solar 20 tahun lalu.
“Apa jadi dengan penyelidikan itu? Tiada siapa tahu bagaimana ia
memberi manfaat kepada masyarakat. Jika kos terlalu mahal, mengapa tidak
penyelidik itu mengkaji bahan panel solar yang lebih murah? Kita
mungkin mendapat manfaat darinya jika penyelidikan itu dilakukan dengan
baik.”
Tajuddin mengenang ketika beliau menjadi juri penyelidikan untuk
kerja sosial.
Beliau terkejut kerana tiada seorang daripada 10 profesor
terlibat dapat menjawab soalan berkenaan tujuan penyelidikan itu.
“Mereka tak nampak gambaran yang lebih besar bagaimana ia akan
menyumbang kepada masyarakat. Ini menunjukkan ahli akademi gagal
membayangkan kehidupan masa hadapan.
“Kebanyakan penyelidikan kita untuk mengisi ruang kosong dalam isu
yang mereka ketengahkan. Tidak ubah seperti pelancongan akademi,
penyelidikan demi penyelidikan dihasilkan tanpa impak kepada
masyarakat.”
Beliau beri contoh perkara yang perlu diselidik:
Pencemaran udara: “Kita salahkan Indonesia bila
jerebu bermusim melanda, tetapi saya belum temui penyelidikan tentang
bagaimana pencemaran kereta menjejaskan kawasan bandar.”
Denggi: Tidak ada penyelidikan yang mantap ditujukan
kepada kejuruteraan genetik nyamuk dan tidak ada kajian serius ke atas
masalah yang dihadapi pihak berkuasa tempatan membersihkan kawasan yang
mudah diserang denggi.
Salah guna dadah: Tidak ramai orang menyelidik kaedah yang digunakan untuk membeli dan menjual dadah.
Keselamatan awam dan jenayah: “Perlu ada
penyelidikan tentang membina rumah yang lebih baik dan lebih selamat
bagi menghalang pecah masuk. Ahli akademi juga perlu menyelidik
keselamatan kanak-kanak kerana jumlah kanak-kanak yang dilanggar kereta
atau jatuh bangunan meningkat. Jika penyelidikan dilakukan dengan baik,
pemaju boleh bina rumah yang lebih baik.”
Keharmonian sosial: “Saya belum temui penyelidikan
tentang keharmonian sosial antara orang bukan Melayu dan orang Melayu.
Pada ketika ini, semua ulasan yang kita dengar cuma andaian
semata-mata.”
Tajuddin mencadangkan penubuhan badan pemikir pelbagai displin di
semua universiti untuk mengkaji geran penyelidikan sebelum diluluskan.
Katanya panel badan pemikir itu perlu dianggotai wakil badan bukan
kerajaan dan wakil rakyat.
Beliau menambah Kementerian Pendidikan Tinggi perlu mewajibkan semua
profesor menulis buku mengenai usaha penyelidikan mereka dan
menghasilkan video YouTube menjelaskan usaha itu kepada orang
kebanyakan.
Katanya profesor yang terima geran penyelidikan RM1 juta dan ke atas
harus mengadakan wacana terbuka tentang penyelidikan mereka.
Beliau mencadangkan Kementerian Pendidikan Tinggi mengarahkan
universiti awam supaya bekerjasama dengan pelajar sekolah menengah
supaya mereka terdedah kepada usaha penyelidikan dan menguja minat
mereka.
FMT
ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
ReplyDeleteNO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208)
BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
angka;GHOIB: singapura
angka;GHOIB: hongkong
angka;GHOIB; malaysia
angka;GHOIB; toto magnum
angka”GHOIB; laos…
angka”GHOIB; macau
angka”GHOIB; sidney
angka”GHOIB: vietnam
angka”GHOIB: korea
angka”GHOIB: brunei
angka”GHOIB: china
angka”GHOIB: thailand
ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
0823-9177-2208
saya pak alresky posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa