Friday, October 21, 2016

Bayaran BR1M naik, Najib kata ikhlas, bukan dedak

Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Abdul Razak akan membentangkan Belanjawan 2017 pada jam 4 petang di parlimen hari ini.

Ia dinantikan-nantikan selepas pilihan raya umum dijangka berlangsung tidak lama lagi.
Najib pada jam 3.20 petang tadi memuat naik gambar beliau memegang buku belanjawan untuk dibacakan.

Berbaju Melayu merah jambu, Najib berkata belanjawan tahun depan sudah sedia untuk dibentangkan.
Nantikan laporan langsung di Malaysiakini.
LAPORAN LANGSUNG
5.05pm: Bantuan BR1M dinaikkan kepada:
  • Isi rumah berpendapatan bawah RM3,000: RM1,200
  • Isu rumah berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000: RM900
  • Individu bujang berpendapatan bawah RM2,000: RM450
Najib berpantun:

Dedak bukan, umpan pun bukan,
BR1M yang ikhlas satu pemberian,
Keperluan rakyat kita dahulukan,
Jumlah BR1M, kita tambah-tambahkan.
4.47pm Dakwaan Malaysia negara gagal adalah fitnah. Negara dikira gagal jika gagal melaksanakan sebahagian besar tanggungjawab dan fungsi asas kerajaan, kata Najib.
4.42pm Insentif untuk penjawat awam:
  • Cuti kuarantin anak sakit lima hari tanpa rekod
  • Kemudahan pembelian telefon pintar hingga RM5,000 tiap tiga tahun
  • Had pinjaman motosikal naik dari RM5,000 hingga RM10,00
  • Lapisan gred baru 56 diperkenal antara Gred 54 dan Jusa C
4.38pm: Najib pesan berpada-pada benci seseorang kerana ia mungkin jadi orang yang disayangi di kemudian hari. Pada masa sama, siaran langsung RTM papar gambar beliau lawat bekas mursyidul am PAS Datuk Haron Din ketika allahyarham sakit sebelum ini.
4.32pm: Najib selar perbuatan durjana musuh-musuh luar dan tangan-tangan kotor dalam negara, yang cuba sabotaj ekonomi Malaysia. Beliau ikrar pertahan negara biar seribu panah, sejuta luka terpaksa dihadapi.

4.23pm: Pertumbuhan ekonomi dipertahankan sungguhpun harga minyak merosot hampir 50 peratus. Kesannya, kerajaan hilang pendapatan RM30 bilion daripada cukai pendapatan, cukai korporat, royalti, dividen Petronas dan cukai petroleum.
4.17pm: Najib saran berjimat di kedai lebih murah, lebih-lebih lagi Malaysia sebagai syurga makanan. Beliau antaranya beri contoh 'nasi lemak Anak Dara' yang cetus sensasi Internet baru-baru ini.

4.10pm: Dewan bising seketika selepas Najib berkata kerajaan BN berjaya pertahan dan kekalkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada purata 6 peratus setahun, selama hampir 60 tahun berturut-turut.
4.00pm: Najib mula bentang Belanjawan 2017.
Malaysiakini 21/10/16

No comments:

Post a Comment