Friday, October 21, 2016

Dedahkan dalang hasut Orang Asli, kata Siti Kasim

FMT | October 21, 2016
Beliau tidak faham mengapa kerajaan Kelantan mahu menyalahkan pihak lain mengenai isu Orang Asli sedangkan ia sudah berlarutan sekian lama.
siti kasimPETALING JAYA: Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini dicabar mendedahkan dalang yang menghasut Orang Asli berhubung isu pembalakan berhampiran kawasan penempatan masyarakat itu di Gua Musang.

Peguam dan aktivis Siti Kasim berkata, beliau menyedari timbalan menteri besar Kelantan itu ada menyenaraikan namanya tetapi timbalan menteri besar itu seharusnya membuktikan beliau dalang dimaksudkan.
“Kalau dalang itu hanya memberi nasihat kepada Orang Asli tentang hak-hak mereka, adakah itu salah? Sepatutnya tak payah orang lain bagi tahu tentang hak-hak Orang Asli.

“Sepatutnya kerajaan negeri kena jaga rakyatnya. Kenapa pula orang lain nak beritahu apa yang mereka perlu buat dari segi hak kalau ditekan dan kehidupan mereka terganggu? Kenapa orang lain perlu beritahu?” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Amar baru-baru ini yang menyatakan isu pembalakan berhampiran kawasan penempatan Orang Asli di Gua Musang dapat diselesaikan dengan baik, jika tiada dalang menghasut masyarakat itu.

Amar berkata, kerajaan negeri sedang meneliti beberapa laporan berkaitan isu itu, hasil perbincangan dengan beberapa laporan berkaitan isu itu hasil perbincangan dengan beberapa agensi berkaitan termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

Siti menambah, beliau tidak faham mengapa Kelantan mahu menyalahkan pihak lain mengenai perkara terbabit kerana isu itu berlarutan sekian lama.
“Orang Asli dah lama dah (nak) jumpa mereka (kerajaan negeri) berbincang tentang masalah mereka. Dah bertahun. Bila dah jadi (isu) besar, dah kena tekanan daripada rakyat jelata, baru mereka nak sedar?” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri seharusnya menjaga kebajikan rakyat dan pasti mereka tidak akan merungut sekiranya mempunyai kehidupan yang baik.

Berita berkaitan

Isu pembalakan boleh selesai tanpa dalang hasut Orang Asli, kata Amar

 | October 19, 2016
Amar berkata, kerajaan negeri masih meneliti rasional tindakan Orang Asli menghalang pengeluaran balak dari HSK Balah yang mungkin didalangi pihak tertentu kerana aktiviti pembalakan di kawasan itu berjalan lancar sejak 30 tahun lalu.
nik-amar
KOTA BHARU: Isu pembalakan berhampiran kawasan penempatan Orang Asli di Gua Musang dapat diselesaikan dengan baik, jika tiada dalang menghasut masyarakat itu, kata timbalan menteri besar Kelantan.

No comments:

Post a Comment