Tuesday, October 18, 2016

Hadi ‘tinggalkan’ Dewan Rakyat, hanya diam dan senyum

18/10/16 Malaysiakini

Meskipun sidang Dewan Rakyat masih berlarutan, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi dilihat meninggalkan persidangan hari ini.
Beliau hanya berdiam diri ketika diajukan soalan mengenai usul persendiriannya yang telah diturunkan ke senarai nombor tujuh dalam kertas perintah bagi sesi terakhir Parlimen tahun ini.

Malah anggota parlimen Marang itu juga hanya tersenyum ketika diminta mengulas mengenai perkara berkenaan sebelum kereta yang dinaikinya meninggalkan Dewan Rakyat.

Hari ini, usul kontroversi 'hudud' Abdul Hadi telah ditolak ke bawah dalam kertas perintah.
Usul bagi membentangkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), telah diturunkan daripada senarai nombor empat semalam kepada nombor tujuh hari ini.

Ia diturunkan apabila lebih banyak usul kerajaan dimasukkan dalam senarai.
Lazimnya, usul kerajaan didahulukan berbanding usul persendirian.
Dengan kedudukan di bawah senarai itu, ada kemungkinan usul Hadi tidak akan dibawa ke Dewan.

Malah, ia mungkin terus ditolak lebih bawah pada kertas perintah itu berikutan hari-hari akan datang.
Bermula minggu depan, debat parlimen akan memberi tumpuan kepada Bajet 2017 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Jumaat ini.

Perbahasan hanya akan beredar kepada perkara-perkara lain pada dua hari terakhir sesi Parlimen ini, yang berakhir pada 24 November.
Jika usul itu terus ditolak ke bawah, peluang Hadi adalah hanya jika beliau memohon kerajaan menaikkannya.

Ini yang berlaku pada sesi Parlimen lalu, apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berbuat demikian atas arahan Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

7 comments:

  1. Umno takut kpd mic gerakan mca..
    pas pulak bersahabat dgn umno..
    pas xtakut kpd mana2 parti..
    Jadi pas xkemana2..haha..

    ReplyDelete
  2. Kenapa pulak senyap dan keluar awal. Patut kalau dh sampai kata kafir kat org yg tolak RUU tu..cepat2 lah mintak dipercepatkan dan lawan habis2san. Bukannya senyap dan keluar dewan. Nampak sangat tak penting dan serius.
    Bunyi saja mengaung tapi...

    ReplyDelete
  3. Kenapa pulak senyap dan keluar awal. Patut kalau dh sampai kata kafir kat org yg tolak RUU tu..cepat2 lah mintak dipercepatkan dan lawan habis2san. Bukannya senyap dan keluar dewan. Nampak sangat tak penting dan serius.
    Bunyi saja mengaung tapi...

    ReplyDelete
  4. Inilah yang betul dikatakan anjing menyalak bukit bunyi salakan bukqn main kuat tapi bila sampai dekat bukit rupanya yang disalak itu hanya batu bukit yang pekak dan bisu,paku dulang buah sepih dulu dok kata kat orang anjing menyalak bukit sekarang sapa yang dan jadi menyalak,fikir sendiri.

    ReplyDelete
  5. hek eleh blogger DAP PAN Imayam ni....ke bawah ke, ke atas ke itu UMNgOk punya hal! sesiapa yang menghalang atau tak nak undi memang layak dipanggil munafiq...atau lebih teruk...tu jer....PAS sebagai parti Islam dah buat apa yang terdaya

    Kalau korang dari dari PArti PAN Imayam dan PKR rasa kebal sangat dari azab kubur dan juga pada hari akhirat...teruskanlah jalan kan arahan tuan anda DAP untuk terus menghina dan memperlekehkan undang2 Islam. bye!

    ReplyDelete
  6. Bahaya perjuangan parti ni, dari menarik orang ke Islam, malah di kafir munafikkan orang2 yg dah sedia lslam.
    Bahaya...bahaya

    ReplyDelete
  7. Bahaya perjuangan parti ni, dari menarik orang ke Islam, malah di kafir munafikkan orang2 yg dah sedia lslam.
    Bahaya...bahaya

    ReplyDelete