Saturday, October 15, 2016

Hudud tiada dalam Piagam Madinah, kata cendekiawan Nahdatul Ulama

FMT | October 15, 2016
Zuhairi berkata, hudud tidak terkandung dalam Piagam Madinah, yang ada ialah kasih sayang, keamanan dan ihsan.
hududKUALA LUMPUR: Piagam Madinah yang sepatutnya menjadi contoh utama dalam konsep kenegaraan Islam mementingkan kesaksamaan untuk rakyat berbilang bangsa dan agama, bukannya pelaksanaan undang-undang syariah, kata cendekiawan daripada pertubuhan Islam terbesar dunia, Nahdatul Ulama.
Zuhairi Misrawi berkata, Piagam Madinah yang menjadi asas kepada negara umat Islam pertama itu langsung tidak menyebut hukum hudud.

“Ketika Nabi Muhammad merangka Piagam Madinah, baginda menekankan keamanan dan kesatuan. Baginda secara terbuka menyebut satu komuniti, tiada pemisahan antara Islam dan bukan Islam.
“Jika anda membaca piagam itu, anda tidak akan menjumpai hudud, sebaliknya kasih sayang, keamanan dan ihsan,” katanya ketika berucap pada “Simposium Keamanan: Hubungan Antara Kerajaan dan Agama” di Hotel Royale Bintang, hari ini.

Graduan jurusan falsafah Universiti Al-Azhar Mesir itu berkata, Piagam Madinah adalah satu daripada rujukan untuk prinsip kenegaraan Indonesia, iaitu Pancasila.
Indonesia yang mempunyai populasi umat Islam teramai di dunia, tidak mempunyai kementerian khusus mengendalikan agama tersebut, sebaliknya Jakarta menubuhkan Kementerian Agama untuk menjaga semua agama.

Ia berbeza di Malaysia, apabila Rang Undang-undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang dibawakan PAS bertujuan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang dianggap beberapa pihak sebagai permulaan memperkenalkan hudud di negara ini.

Peguam hak asasi, Firdaus Husni berkata, adalah penting merujuk Perlembagaan Persekutuan dalam hubungan agama dan kerajaan.
“Bermula era 1980-an, persaingan parti pemerintah dan PAS menyaksikan kerajaan membuat pengumuman dan dasar dengan niat – sama ada secara langsung atau tidak – untuk mendasari aspek pentadbiran, termasuk soal peribadi masyarakat beragama Islam, berpandukan prinsip Islam yang ditafsir kerajaan.

“Persoalannya adakah langkah itu yang dilihat ramai sebagai agenda politik, dilakukan berdasarkan ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan?” soal pengerusi bersama Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan Majlis Peguam itu.

Beliau memberi contoh pindaan Fasal 1(A) Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan pada 1988 yang menghalang mahkamah sivil mencampuri bidang kuasa Mahkamah Syariah, bagi memisahkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan mahkamah sivil, tetapi tidak memberikan garis panduan melibatkan pertindihan bidang kuasa.

“Keputusan Mahkamah Syariah pastinya memberi kesan kepada pihak bukan Islam yang terlibat dalam pertikaian,” katanya.
Antara kes pertikaian seumpama itu ialah perebutan hak penjagaan anak oleh M Indira Gandhi dan Mohd Ridhuan Abdullah serta S Deepa dan Izwan Abdullah yang menyaksikan Mahkamah Syariah dan mahkamah sivil membuat keputusan berbeza.

3 comments:

  1. Nice article. Love reading it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamulaikum Admin,

      Mohon untuk dimasukkan blog saya ke blok tuan sekiranya tidak menggangu kelancaran blog tuan.. Blog saya:

      http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my/

      Sekiranya sudah dimasukkan harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com

      Terima kasih.

      Delete
    2. Assalamulaikum Admin,

      Mohon untuk dimasukkan blog saya ke blok tuan sekiranya tidak menggangu kelancaran blog tuan.. Blog saya:

      http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my/

      Sekiranya sudah dimasukkan harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com

      Terima kasih.

      Delete