AMPANG - Bekas Exco Pemuda Umno, Mohd Rafiq
Naizamohideen berharap silaturahim dengan rakan-rakannya
dalam Umno akan kekal walaupun selepas beliau umum keluar parti.

Mohd Rafiq berkata, beliau berterima kasih kepada
pemimpin-pemimpin Pemuda Umno di peringkat
akar umbi yang banyak menyokong ketika beliau
 masih bersama Umno.

"Saya percaya ramai di kalangan mereka akan
marah dan tak bersetuju dengan langkah saya. Walaupun tak lagi
bersama Umno dan berlainan ideologi politik, saya harap silaturrahim
kita kekal abadi.
"Saya dan rakan-rakan bukan keluar Islam, bukannya murtad.
Kami juga tidak tukar bangsa dan warganegara, jadi janganlah marah
sangat kami ini," katanya dalam sidang media bersama 28 bekas
pemimpin Umno peringkat cawangan di sini, hari ini.

Sementara itu, menjawab kenyataan Setiausaha Agung Umno,
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa ada bekas
ahli Umno yang merayu untuk kembali kepada parti, Mohd Rafiq
berkata, perkara itu tidak akan berlaku kepada mereka.
"Jika benar dakwaan Tengku Adnan bahawa ada ribuan ahli Umno
 yang dipecat merayu untuk diterima semula, saya cabar beliau
senaraikan.

"Tapi kami semua hari ini memang tak nak masuk balik Umno,"
 katanya.