Malaysiakini 22/10/16
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata beliau tidak ada di Dewan Rakyat
semasa anggota Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan itu semasa
Perdana Menteri Datuk Seri Najib membentangkan Bajet 2017.
Katanya beliau beredar lebih awal kerana menyambut keberangkatan Raja
Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke Pulau Pinang untuk
merasmikan sambutan 200 tahun Penang Free School, semalam.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari
Arkitek Sedunia 2016 Pertubuhan Arkitek Malaysia Bahagian Utara, di
George Town hari ini.
Bagaimanapun, katanya, beliau memahami mengapa mereka bertindak sedemikian.
Anggota Parlimen pembangkang daripada DAP, PKR dan Parti Amanah
Negara serta Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin
Yassin bertindak keluar dewan ketika pembentangan Bajet bertema
'Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan
Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh' masih berlangsung.
Anggota Parlimen pembangkang turut membuat kecoh dengan mempamerkan plakad bernada sinis sebelum bertindak demikian.
Mengulas mengenai Bajet 2017, Lim berkata kerajaan negeri berharap
kerajaan Pusat dapat meluluskan permohonan bagi projek pembesaran
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).
Katanya ini kerana LTAPP kini begitu sesak dengan jumlah penumpang
sudah melebihi kapasiti 6.5 juta setahun walaupun mengikut jadual
jangkaan penumpang melebihi kapasiti itu adalah pada tahun 2020.
-Bernama
-Bernama
No comments:
Post a Comment