Bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan berkata
tindakan Datuk Jamal Yunos yang mahu meludah tangan Tun Dr Mahathir
Mohamad menyebabkan bangsa Melayu nampak "haprak".
PETALING JAYA : Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mencabar Datuk Jamal
Yunos meludah tangannya terlebih dulu sebelum meludah tangan Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Bekas pemimpin Umno itu berkata tindakan ketua gerakan Baju Merah
yang mahu meludah tangan bekas perdana menteri itu mengaibkan, memalukan
dan menyebabkan bangsa Melayu nampak “haprak”.
“Saya tidak pernah kurang ajar dengan mengatakan mahu meludah muka
atau tangan (Datuk Seri) Najib Razak. Ini budaya samseng dan haprak
Jamal Yunos yang keseluruhan bangsa Melayu tidak boleh terima sama
sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, Khairuddin memuji tindakan Jamal itu kerana ia akan
membuatkan rakyat negara ini lebih membenci Umno dan BN dan bakal
terkubur selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
Terdahulu, Jamal yang juga ketua Umno Bahagian Sungai Besar
dilaporkan meluahkan rasa kesalnya kerana bersalaman dengan Dr Mahathir
dan mencium tangan bekas perdana menteri itu sebelum ini.
Jamal berkata tingkah laku Dr Mahathir tidak wajar bagi seorang
negarawan yang sudah berusia dan akan meludah tangan beliau jika bertemu
dengannya sekarang, menurut Malaysiakini.
Katanya, parti baharu Dr Mahathir, Parti Pribumi Bersatu Malaysia
juga tidak akan mampu mengumpul sokongan Melayu untuk pembangkang dan
mengadakan himpunan jalanan Bersih 5 di Kuala Lumpur pada 19 November
depan.
Betaoa Bongkak dan Sombong nye Makhluk Allah.ni.kuasa dunia yg dia ada hinggA lupa Pada Allah.Jamal Samseng ingat setiap Perbuatan Jahat kau PASTI akan ALLAH SWT balas.Tunggu jer laa Nasib kau bila tiba Balasan dari ALLAH swt.Insya allah.
ReplyDeleteBetaoa Bongkak dan Sombong nye Makhluk Allah.ni.kuasa dunia yg dia ada hinggA lupa Pada Allah.Jamal Samseng ingat setiap Perbuatan Jahat kau PASTI akan ALLAH SWT balas.Tunggu jer laa Nasib kau bila tiba Balasan dari ALLAH swt.Insya allah.
ReplyDelete