Saturday, October 29, 2016

Maria Chin ditahan di Sabah

 | October 29, 2016
Bersih 2.0 berkata pengerusinya itu ditahan kerana mengedarkan risalah di Langkon, Sabah.
Maria Chin arrested in SabahPETALING JAYA: Aktivis pendesak perubahan pilihan raya, Maria Chin Abdullah dilaporkan ditahan di Langkon, Sabah.

Menurut akaun rasmi kumpulan Bersih 2.0 di Twitter, Maria ditahan polis kerana mengedarkan risalah dan dibawa ke balai polis Kota Marudu.
Pengerusi Bersih 2.0 itu berada di Sabah sebagai sebahagian daripada konvoi Bersih 5 untuk mengajak orang ramai menyertai perhimpunan jalanan itu pada 19 November depan di Kuala Lumpur.

Bekas menteri Umno, Datuk Saifuddin Abdullah yang kini setiausaha agung Pakatan Harapan mempersoalkan penahanan itu.
Di Twitter beliau menulis: “Apa salahnya edar risalah Bersih5 hingga nak tahan Maria? #BebasMaria.”

Bersih 2.0 turut memuat naik gambar beberapa lelaki dan wanita berbaju kuning, yang dikatakan membantah dan menunjukkan solidariti terhadap Maria di luar balai polis Kota Marudu.

1 comment:

  1. Patut yg ditahan samseng yg buat kacau majlis org si Tongkol.

    ReplyDelete