Malaysiakini 21/10/16
Pemenang-pemenang Hadiah Gwangju untuk Hak Asasi dari pelbagai negara
tampil menyatakan sokongan kepada Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah
yang berdepan hukuman bunuh.
Dalam kenyataan bersama yang dibacakan oleh anggota jawatankuasa
pemandu BERSIH Rama Ramanthan, mereka menentang keras ugutan padanya dan
menggesa pihak berkuasa menyiasat pihak yang terlibat.
“Kami ada mendapat khabar kereta anaknya disimbah cat dan terdapat
cubaan untuk menakut-nakutkan beliau, keluarga dan rakan-rakan.
“BERSIH 2 adalah sebuah organisasi yang terlibat, seperti kami, dalam
perjuangan yang sah untuk mewujudkan pilihan raya yang bebas dan adil,
kerajaan yang bersih dan perbezaan pendapat yang betul.
“Kami menyeru pihak berkuasa di Malaysia untuk melindungi kebebasan
untuk perbezaan pendapat dan untuk melindungi Maria Chin Abdullah dan
mereka yang lain-lain,” kata mereka.
Kenyataan bersama itu melibatkan Basil Fernando (Sri Lanka), Sushil Pyankurel (Nepal) dan Hermien Y Kleden (Indonesia).
Antara tokoh terkenal yang pernah memenangi Hadiah Gwangju termasuk
pemimpin rakyat Timur Leste Xanana Gusmão dan ikon kebebasan Myanmar
Aung San Suu Kyi.
Maria, pemenang terbaru hadiah daripada Korea Selatan itu, sebelum
ini diugut bunuh melalui gambar manipulasi menunjukkan seseorang ala-IS
mengacungkan senjata tajam padanya.
Maria juga membuat laporan polis ini mengenai ancaman terhadap anak-anaknya, selepas kereta anak lelakinya disimbah dengan cat merah.
Maria juga membuat laporan polis ini mengenai ancaman terhadap anak-anaknya, selepas kereta anak lelakinya disimbah dengan cat merah.
No comments:
Post a Comment