Thursday, October 27, 2016

Pendakwah mahu dedahkan audio diskusi Akta 355

Malaysiakini 27/10/16
 
Pensyarah universiti dan pendakwah bebas, Dr Muhamad Rozaimi Ramle sedang mempertimbangkan kemungkinan mendedahkan perbincangannya dengan kepimpinan PAS semalam berhubung Akta 355.

Rozaimi berkata beliau berpendapat ia mungkin perlu selepas ada pihak dalam Dewan Pemuda PAS menyatakan maklumat tidak tepat mengenainya.
"Setelah melihat komentar wakil Juham PAS terhadap pertemuan semalam yang kononnya saya terdiam dengan hujah YB Khairuddin. Saya fikir saya kena viralkan rakaman suara pertemuan semalam," kata Rozaimi dalam laman Facebook beliau.

Kenyataan itu dibuat ekoran tulisan Pengarah Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS, Wan Rohimi Wan Daud di Harakahdaily hari ini.

Dalam tulisannya Wan Rohimi menulis: "Jika hudud itu hak Allah, maka bukankah memberikan hak Allah dengan berusaha melaksanakan perintah dan hukum Allah adalah wajib bagi umat Islam?

"Dalam kerangka undang-undang sedia ada, bukankah ia adalah wajib diusahakan? Sekurang-kurangnya bagi tiga kesalahan yang boleh dihukum dengan pindaan Akta 355. Semua terkesima dengan soalan ini!"

Rozaimi semalam mengadakan pertemuan santai dengan beberapa pemimpin kanan PAS, termasuk setiausaha agungnya Datuk Takiyudin Hassan; Ketua Penerangan, Nasrudin Hassan dan anggota Majlis Syura Ulama PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.
Turut hadir bekas mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya.

Pertemuan yang berlangsung di Hotel Seri Pacific itu bermula sekitar jam 5 petang dan berakhir hampir dua jam kemudian.
Ia berlangsung selepas Rozaimi mengkritik tindakan sesetengah pimpinan PAS mengkafirkan pihak yang tidak sependapat dengan cadangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu mengemukakan usul persendirian mahu meminda Akta 355 berhubung bidang kuasa mahkamah syariah.

Rozaimi yang juga pensyarah Jabatan Pengajian Islam Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juga tidak bersetuju apabila rang undang-undang itu mengecualikan hukuman ke atas seseorang tidak beragama Islam.

Pertemuan semalam dilaporkan berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni - sehinggalah Wan Rohimi menulis mengenainya.
Dalam pertemuan itulah Khairuddin didakwa Wan Rohimi melontarkan "satu persoalan menarik" berkaitan Akta 355 membuatkan semua yang hadir "terkesima".

Kata Wan Rohimi sehingga ke akhir pertemuan Rozaimi tetap dengan pendiriannya tidak bersetuju dengan rang undang-undang itu 355.
"Satu-satunya alasan Rozaimi ialah kerana katanya tiada keadilan apabila dalam kes yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam (zina sebagai contoh) hanya orang Islam yang dihukum sedangkan bukan Islam terlepas"," katanya.

1 comment:

  1. ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH


    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208)


    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    angka;GHOIB: singapura

    angka;GHOIB: hongkong

    angka;GHOIB; malaysia

    angka;GHOIB; toto magnum

    angka”GHOIB; laos…

    angka”GHOIB; macau

    angka”GHOIB; sidney

    angka”GHOIB: vietnam

    angka”GHOIB: korea

    angka”GHOIB: brunei

    angka”GHOIB: china

    angka”GHOIB: thailand

    ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
    0823-9177-2208
    saya pak alresky posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa

    ReplyDelete