Di sebalik dakwaan salah guna kuasa dan siasatan rasuah membabitkan
RM3,3 bilion, Pengarah Jabatan Air Sabah dilaporkan akan memulakan
tugasnya seperti biasa hari ini.
The Star memetik peguam PJ Pereira yang berkata anak guamnya
memberitahu bahawa beliau masih belum menerima sebarang notis
penggantungan kerja dan oleh itu, akan kembali bertugas.
Semalam,
pengarah berusia 54 tahun itu dibebaskan dari lokap polis Kepayan
selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membenarkannya
diikat jamin dengan RM500,000 dan dua penjamin.
Beliau juga diarahkan untuk melaporkan diri kepada SPRM Sabah setiap bulan.
Pengarah itu bersama timbalannya dan dua yang lain ditangkap pada 4
Oktober lalu berhubung siasatan SPRM ke dalam penyelewengan peruntukan
persekutuan untuk projek bekalan air bersih sejak 2010.
Suspek disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana akitiviti pengubahan wang haram.
Menurut The Star, perintah reman selama dua minggu untuk timbalan
pengarah berusia 52 tahun, seorang ahli perniagaan dan seorang akauntan
syarikat tamat esok.
Dalam kes yang melibatkan rampasan tunai terbesar SPRM, seorang
penasihat berusia 62 tahun kepada Kementerian Kewangan Sabah juga
menjadi suspek kelima ditahan.
Lelaki
itu yang ditahan di pejabatnya awal minggu lalu dilaporkan adalah
timbalan pengarah Jabatan Air Negeri yang bersara tahun lalu dan
kemudiannya dilantik sebagai penasihat dalam hal-hal teknikal dan
kejuruteraan.
SPRM dalam serbuannya berjaya merampas wang berjumlah hampir RM53
juta daripada pengarah dan timbalannya. Selain itu turut dirampas adalah
sembilan kereta mewah, jam tangan berjenama, 127 geran tanah dan 94 beg
tangan.
Sejak tangkapan itu, 82 orang termasuk kontraktor, keluarga dan anggota jabatan berkenaan telah disoal-siasat.
No comments:
Post a Comment