Bekas menteri kewangan kedua itu dipanggil ke Bukit
Aman untuk direkodkan keterangan berhubung kenyataannya mengenai 1MDB,
tetapi siasatan terhadapnya ditangguhkan minggu depan.
VIDEO INSIDE
KUALA LUMPUR: Siasatan polis terhadap bekas menteri kewangan kedua
susulan kenyataannya mengenai 1MDB di Parlimen minggu lalu, ditangguhkan
ke minggu depan.
Terdahulu, Husni dilihat memasuki ibu pejabat polis Bukit Aman pada
2.15 petang kerana beliau dijadualkan merekodkan keterangan hari ini.
Bagaimanapun, beliau keluar dari Bukit Aman kira-kira 15 minit
selepas itu dan memberitahu wartawan yang soal siasat ditangguhkan ke
minggu depan tanpa diberikan tarikh tertentu.
Minggu lalu, dilaporkan 3 bekas menteri termasuk Husni, Tan Sri
Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal akan disoal siasat kerana
tuduhan mendedahkan maklumat rahsia kerajaan mengenai 1MDB.
Mereka membuat kenyataan mengkritik 1MDB di Dewan Rakyat, dan
sehubungan itu Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata mereka
mungkin melanggar sumpah kerahsiaan.
Ketiga-tiganya pada masa ini disiasat kerana didakwa melanggar sumpah
kerahsiaan mereka di bawah peruntukan OSA, kerana bercakap mengenai isu
yang diketahui ketika masih dalam jawatan menteri.
Dua laporan polis dibuat oleh Jaringan Melayu Malaysia dan Sahabat N87 cawangan Wilayah Persekutuan.
Husni yang juga ahli Parlimen Tambun meletak jawatan sebagai menteri dan jawatan dalam Umno serta BN pada Jun lalu.
No comments:
Post a Comment