Saturday, October 22, 2016

Ratu Naga kini Wanita PKR

 FMT| October 22, 2016
Beliau atau nama sebenarnya Syarul Ema berkata keputusannya menyertai PKR ialah untuk “menebus keterlanjurannya” dalam parti itu.
Ratu-Naga_pkr
PETALING JAYA: Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali sebagai “Ratu Naga” menyertai Wanita PKR dengan harapan untuk “menebus keterlanjurannya” terhadap parti itu.

Bercakap pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini, Ema berkata beliau memilih PKR berbanding parti lain kerana ada banyak kesilapannya dengan parti itu.

“Bagi saya sama ada masuk parti PKR, DAP atau pembangkang tidak penting. Saya banyak kesalahan pada PKR, saya nak baiki ketelanjuran saya,” katanya.
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan itu sebagai langkah positif untuk membantu sayap parti itu.

“Kepakarannya akan membantu kami. Mungkin cara dia sebelum ini sedikit negatif, tetapi saya yakin dia boleh memainkan peranan besar dalam meningkatkan martabat wanita dan kesedaran mengenai dasar untuk wanita,” kata Zuraida.

Katanya, Ema boleh melatih Wanita PKR mengenai media sosial kerana beliau mahir menggunakannya.
“Saya harap ini aka menjadi era baharu untuk Wanita PKR dalam media sosial untuk memartabatkan wanita,” katanya.

Ema menjadi perhatian kerana media sosialnya sebelum ini.
Bulan lalu, Ema dipanggil polis untuk disoal siasat kerana memuat naik gambar Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada majlis sambutan Aidilfitri.

Pada Ogos, pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyerbu rumah Ema kerana posting yang sama dan menyoal siasatnya selama 3 jam.

Pada Jun, Ema terbabit dalam pertelingkahan dengan Chegubard (Badrul Hisham Shaharin) daripada PKR kerana mengaitkannya dengan pembelian pangkalan data nama yang digunakan untuk Deklarasi Rakyat.
Ema dengan tegas menafikan menyalahgunakan nama untuk gerakan inisiatif mendesak penyingkiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bersumpah dengan Al-Quran untuk membuktikan belia tidak bersalah.

No comments:

Post a Comment