Friday, October 14, 2016

Sekali lagi, peguam Anwar dari AS pulang hampa

FMT | October 14, 2016
Selepas tidak dibenarkan bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kementerian Dalam Negeri, Kimberly Motley hari ini gagal berjumpa Datuk Seri Najib Razak.
VIDEO INSIDE
Kimberley-Motley_anwar_600
PUTRAJAYA: Peguam hak asasi manusia dari Amerika Syarikat (AS), Kimberley Motley sekali lagi kecewa apabila gagal bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pejabat Perdana Menteri (PMO) di sini hari ini.

Bulan lalu, Kimberley tidak dibenarkan bertemu anak guamnya, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan – ketika datang melawatnya di Penjara Sungai Buloh.

Bercakap kepada wartawan di luar PMO, Kimberley yang ditemani peguam Melissa Sassidaran berkata beliau tidak tahu Najib menghadiri satu majlis di Shah Alam.

Ketika ditanya sama ada beliau ada membuat temu janji, Kimber berkata tidak dan menambah pihaknya ada menghantar surat ke PMO pada 12 Oktober tetapi hanya menerima balasan makluman penerimaan.

“Saya memang kecewa tetapi saya faham jadualnya sibuk. saya berharap dapat bertemunya dalam tempoh 2 minggu akan datang.
“Kami sedang cuba segala yang termampu. Apa yang kami lakukan ini sangat penting dan penting juga untuk beliau mendengar apa yang hendak kami sampaikan,” katanya.

Selepas tidak dibenarkan bertemu Anwar pada bulan lalu, Kimberly pergi ke Kementerian Dalam Negeri mendesak penjelasan tetapi tidak dilayan.
Kimberly secara rasmi dilantik mewakili Anwar pada Rabu secara pro bono.
Ketika ditanya bagaimana cara untuk beliau menangani kes liwat itu, Kimberly bertegas Anwar tidak melakukan jenayah itu.

Anwar pada masa ini sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

No comments:

Post a Comment