Monday, October 17, 2016

Speaker larang bincang saman sivil DoJ di Parlimen

 | October 17, 2016
Pandikar larang sidang Parlimen memperdebatkan saman sivil DoJ terhadap 1MDB dengan alasan ia masih dibincangkan di mahkamah.
Pandikar-AminKUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat melarang sidang Parlimen berdebat mengenai saman sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), hari ini.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata keputusan itu adalah untuk mengelakkan keadaan di mana terdapat menteri dilihat mengambil alih peranan speaker.
“Ia adalah satu perkara yang masih dibincangkan di mahkamah … oleh itu ia adalah ‘sub judice’ … menteri tidak perlu menjawab soalan-soalan itu,” Pandikar memberitahu sidang Dewan Rakyat hari ini.

Pandikar merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Parlimen, Datuk Seri Azalina Othman Said, yang enggan menjawab soalan mengenai 1MDB.
Beliau menyatakan ia boleh menjadi “sub judice” walaupun sebelum speaker berkata demikian.

Keputusan Pandikar mendorong Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) meminta ulasan mengenai keputusan itu, di mana Pandikar berkata: “Semua jawapan akan diberi secara bertulis. Mereka yang ingin membaca boleh berbuat demikian.”
Bagaimanapun, Gobind mempersoalkan alasan melabelkan kes itu sebagai “sub judice” kerana tiada siapa yang membaca kandungan laporan DoJ itu.

Beliau berkata butiran kertas belum dikemukakan kepada mana-mana pihak lagi.
“Bagaimana kita membuat keputusan ia adalah sub judice? Jika tidak ada butiran, Dewan akan menjadi tempat terbaik atau memperdebatkan isu itu,” katanya kepada speaker.

Ketua pembangkang, Lim Kit Siang meminta usul untuk membincangkan isu ini di Parlimen.
“Ia dianggap sebagai kleptokrasi terbesar. Bagaimana kita menjadi kleptokrasi terbesar Bolehkah kita memperuntukkan masa untuk membincangkan perkara ini?” katanya

No comments:

Post a Comment