Wednesday, October 19, 2016

SPR lupus kertas undi Parlimen Kuantan

SinarHarian
SPR lupus kertas undi Parlimen Kuantan
Petugas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bersama kakitangan Pejabat Daerah Kuantan melupuskan kertas undi Pilihanraya Umum Ke-13 yang melibatkan kawasan Parlimen Kuantan dan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Dun Teruntum, Dun Tanjong Lumpur dan Dun Inderapura, di kawasan lapang berdekatan Pejabat Penghulu Kuala Kuantan 1, Kempadang hari ini.
 - Foto Bernama
 
KUANTAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang hari ini melupuskan kesemua kertas undi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bagi Parlimen Kuantan dan tiga Dun di bawah kawasan Parlimen itu.
Tiga Dun itu terdiri daripada Teruntum, Tanjung Lumpur dan Inderapura.
Pelupusan kertas undi beserta dokumen berkaitan PRU13 pada 2013 itu dijalankan di tanah lapang di Pejabat Penghulu Kuala Kuantan 1, Kempadang, di sini yang turut disaksikan wakil parti, polis dan Pejabat Daerah Kuantan.

Timbalan Pengarah SPR Negeri, Ahmad Fazli Suhaimi berkata, tindakan melupuskan kesemua dokumen itu mengambil masa lama kerana perlu menunggu keputusan mahkamah berhubung kes seorang pengundi membawa keluar kertas undi dari pusat pembuangan undi dalam PRU13.

"Setelah kes ini selesai, dan mahkamah telah pun membuat keputusan, jadi SPR Pahang mendapat kebenaran mahkamah untuk melupuskan kesemua kertas undi dan dokumen PRU13 tersebut hari ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pelupusan kertas undi berkenaan.

Pengundi berkenaan, Mohd Fadhli Khaharuddin, 26, berasal dari Sungai Isap Damai, dekat sini, didenda RM3,000 serta dilarang mengundi dan menjadi calon selama lima tahun oleh Mahkamah Tinggi pada Mei lepas setelah didapati bersalah menyeludup keluar kertas undi dari pusat pembuangan undi.
Akta Kesalahan Pilihan Raya telah menetapkan pesalah dihalang mengundi dan menjadi calon selama tahun mulai tarikh pensabitan.

Mohd Fadhli dituduh pada 12 September 2014 atas kesalahan membawa keluar kertas undi selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Isap, pada 5 Mei 2013. - Bernama

1 comment:

  1. ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH


    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208)


    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    angka;GHOIB: singapura

    angka;GHOIB: hongkong

    angka;GHOIB; malaysia

    angka;GHOIB; toto magnum

    angka”GHOIB; laos…

    angka”GHOIB; macau

    angka”GHOIB; sidney

    angka”GHOIB: vietnam

    angka”GHOIB: korea

    angka”GHOIB: brunei

    angka”GHOIB: china

    angka”GHOIB: thailand

    ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
    0823-9177-2208
    saya pak alresky posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa

    ReplyDelete