GUANGDONG - CHINA. Pasangan suami isteri pada mulanya tidak menyangka
bayi lelaki mereka yang tidak membuka mata walaupun selepas seminggu
dilahirkan sebenarnya tidak mempunyai mata.
Ibu muda, Liu Peihua dari Guangzhou City, wilayah Zengcheng, Selatan
Guangdong berkata, dia terkejut kerana tidak mengalami sebarang isu
kesihatan semasa proses kehamilan.
Kecacatan yang dialami bayi yang dinamakan sebagai Xiao Ming tidak
disedari oleh doktor dan hanya akan diketahui selepas dilahirkan.
Peihua berkata, bayinya menangis kuat dan menggerakkan anggota badannya
ketika dilahirkan namun doktor dan keluarganya mendapati bayi itu
menutup matanya.
Hasil pemeriksaan teliti yang dibuat doktor, bayi itu sebenarnya tidak mempunyai mata.
Pakar berkata, bayi berkenaan menghidap anophthalmia iaitu keadaan
kesihatan di mana ketiadaan satu atau kedua-dua mata yang disebabkan
oleh hilangnya tisu okular
Menurut doktor, anaphthalmia sukar dikesan melalui imbasan walaupun
dilakukan secara berkala semasa proses perkembangan kanak-kanak di dalam
rahim.
Sementara itu, Xiao Ming akan turut menjalani pemeriksaan lain bagi memastikan tiada kecatatan lain yang dialaminya.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment