HANGZHOU - CHINA . Seorang wanita terpaksa membuat keputusan sama ada menggugurkan anaknya atau menyelamatkan abang kandungnya.
Yang Li,24 dari Hangzhou City mengandung 12 minggu dan terpaksa
mengugurkan kandungan untuk menyelamatkan abangnya, Yang Jun,29 yang
menghidap penyakit kanser.
Memetik DailyMail, Jun disahkan mengidap lymphoma pada September 2015
dan hanya satu cara untuk dia meneruskan kehidupan adalah melakukan
pemindahan sumsum tulang.
Selepas beberapa siri ujian, doktor mendapati hanya Yang dapat membantu
abangnya itu namun ia akan memberi kesan negatif kepada bayi yang
dikandungnya.
Dia diberi pilihan sama ada memilih bayi atau abangnya.
Selepas mendapat sokongan dari suami dan keluarga mertua, dia membuat
keputusan yang sukar iaitu memilih untuk mengugurkan kandungan demi
menyelamatkan nayawa abangnya.
Yang kini ditempatkan di hospital selepas mengugurkan bayinya dan
menunggu sehingga berada dalam keadaan baik bagi membuat pemindahan sum
sum tulang.
Sinar
No comments:
Post a Comment