Tuesday, October 18, 2016

Wakil rakyat desak henti hasilkan peguam bermutu rendah

FMT | October 17, 2016
M Kulasegaran berkata siswa undang-undang perlu menduduki peperiksaan luaran terpiawai, daripada mengambil peperiksaan yang ditetapkan universiti awam.
kula-lawyer-1
KUALA LUMPUR: Wakil rakyat DAP meminta kerajaan supaya memperkenalkan peperiksaan luaran sepunya untuk semua graduan undang-undang, daripada mengambil peperiksaan yang ditetapkan universiti awam.

M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) berkata siswa yang mengaji di universiti awam menduduki peperiksaan dalaman.
“Kadar siswa yang gagal di universiti awam sangat rendah.
“Profesor mahu anak murid mereka lulus. Tetapi ini menjejaskan kualiti graduan undang-undang,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata kerajaan wajar memperkenalkan peperiksaan luaran terpiawai bagi memastikan pelajar undang-undang memiliki semua kualiti yang diperlukan sebagai seorang peguam.

Kulasegaran, yang juga seorang peguam, mengeluh sebahagian pelajar chambering tidak mampu berkomunikasi dengan baik.
“Keadaan bertukar rumit; kami terpaksa melatih mereka dengan keras.”
Di Dewan Rakyat hari ini, semasa membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Ordinan Peguam Bela Sabah, beliau berkata:

“Ada kebarangkalian yang besar jika kamu baling batu akan terkena kepala seorang peguam.
“Ramai sangat peguam yang dihasilkan. Tetapi tidak ada mutu.”
Kulasegaran mencadangkan Amalan Guaman Bertauliah (CLP) dimuatkan dalam pengajian siswa tahun keempat.

Sedia ada, menurut beliau, hanya siswa yang mengambil pengajian secara swasta perlu menduduki CLP.
“Semua, termasuk daripada London atau universiti tempatan, perlu diminta mengambil peperiksaan sepunya.
“Sekarang ini, profesor di universiti tempatan menyuap siswa undang-undang menyebabkan mereka tidak sesuai menjadi peguam,” katanya.

Cadangan itu disokong Ramkarpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) yang berkata piawaian graduan undang-undang tidak mencapai taraf yang dituntut bidang guaman.

No comments:

Post a Comment