Wednesday, November 2, 2016

Ahli Parlimen pembangkang lahir kebimbangan projek kereta api dibiayai China

 | November 2, 2016
Mereka berkata satu pasukan khas akan menyediakan kajian pra-kemungkinan mengenai projek ECDR yang bernilai RM55 bilion.
Dr Hatta RamliPETALING JAYA: Ahli Parlimen Pakatan Harapan melahirkan kebimbangan terhadap pembiayaan China dalam Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion di Malaysia.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan kajian pra-kebolehlaksanaan (PFS), kajian kebolehlaksanaan (FS) dan keputusan muktamad pelaburan (FID) mengenai projek itu.

Kenyataan itu dikeluarkan pemimpin PKR yang terdiri daripada Rafizi Ramli dan Wong Chen; Ong Kian Ming (DAP) dan Dr Hatta Ramli (Amanah).
“Kita sedia maklum projek-projek infrastruktur yang dibiayai China melalui syarikat-syarikat yang melibatkan penggunaan tenaga kerja dan kontraktor Cina, serta penggunaan bahan-bahan, teknologi dan sistem sokongan dari China.

“Ini tidak memberi sebarang manfaat kepada Malaysia. Apa yang lebih membimbangkan ialah Malaysia menjadi lebih bergantung kepada China dalam jangka masa panjang jika negara (China) menggunakan model yang dipasang di negara lain. ”
Kos sebanyak RM55 bilion juga berlebihan, kata mereka.
“Projek-projek bernilai tinggi seperti ini memerlukan kajian PFS, FS dan FID.

“Ini termasuk penelitian kepada beberapa unjuran penumpang, tiket, kos dan aspek-aspek lain, yang akan membantu menentukan sama ada projek itu boleh dijalankan tanpa membebankan pembayar cukai.
“Soalan-soalan seperti berapa harga tiket tersebut dan berapa banyak ia dijangka meningkat dalam tempoh 20 tahun akan datang perlu dijawab sebelum kerajaan menandatangani kontrak dengan rakan sejawatannya dari China,” katanya.

Ahli Parlimen itu kemudian menggesa Najib membentangkan FS di Parlimen terdahulu sebelum melakukan projek dengan China kerana ia melibatkan jumlah pembiayaan yang besar dan ia memerlukan kelulusan Parlimen.
Bagaimanapun, kumpulan itu melahirkan kebimbangan Najib tidak akan mengendahkan gesaan mereka.

Mereka berkata akan menubuhkan pasukan sendiri yang terdiri daripada pakar-pakar dari pelbagai bidang, bagi menjalankan kajian PFS mengenai projek itu, yang akan dibentangkan kepada awam selama 30 hari bermula hari ini.

Najib kini dalam rangka lawatan 6 hari ke Beijing, China, dan menandatangani sekurang-kurangnya 14 perjanjian berhubung pertahanan, pertanian, pendidikan, kewangan dan pembinaan, bernilai RM143.64 bilion, dengan kuasa besar.
Ini termasuk pembelian 4 kapal tentera laut China.

Sesetengah pengkritik melihat langkah itu sebagai Najib berbaik dengan China memandangkan tindakan undang-undang Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat terhadap dana yang didakwa disalahgunakan daripada 1MDB.

No comments:

Post a Comment