Thursday, November 3, 2016

Curi Susu Ibu Hasil Perahan Rakan Kerja, Lelaki Ini Diseret ke Mahkamah

 
SHUTTERSTOCK Ilustrasi
HONGKONG  - Seorang pekerja   yang bekerja di bahagian teknologi maklumat pada sebuah perusahaan di kawasan Shau Kei Wan, Hongkong, diseret ke muka pengadilan. 

Lelaki berusia 37 tahun itu dituduh telah mencuri  air susu ibu  hasil perahan rakan kerjanya, dari peti sejuk pejabat

Pekerja itu, Lam  didakwa dengan pasal pencurian, dan mulai menjalani perbicarran di mahkamah   pada Selasa pagi, kelmarin.
Seperti diberitakan laman HK01, Lam dituduh melakukan pencurian ASI pada bulan Mac lalu.

Peristiwa itu terjadi setelah salah seorang pekerja di perusahaan tempat Lam bekerja, kembali dari cuti melahirkan. Identiti  perempuan tersebut tak diungkapkan dalam pemberitaan.
Ibu muda yang menjadi korban pencurian tersebut secara berkala mengepam susu, menampung di dalam botol, dan menyimpannya di  dalam peti sejuk pejabat

Pada 8 Mac 2016 lalu, hasil ASI perahannya tiba-tiba lenyap dari peti sejuk. Dia pun menyampaikan keluhannya ke pengurusan perusahaan itu.

Teknisyen TI itu kemudian ditangkap, kerana berdasarkan hasil rakaman CCTV menunjukkan, dialah satu-satunya pekerja yang mungkin melakukan pencurian tersebut.

Sidang perkara ini dijadualkan akan bergulir hingga 6 Disember mendatang. Rentang waktu tersebut diperkirakan cukup bagi penyiasat untuk melakukan investigasi lanjutan. 
Sumber: KOMPAS.com

No comments:

Post a Comment