Friday, November 4, 2016

Dua lelaki cungkel mata dan potong kaki kakaknya

4/11/16

Dua pria Pakistan congkel mata dan potong kaki kakaknya untuk ritual
Wanita Pakistan demo pembunuhan untuk kehormatan. ©2016 Merdeka.com
 Dua lelaki di Pakistan dijadikan suspek lantaran mencungkel mata dan memotong kaki saudara perempuannya sebagai sebahagian dari ritual 'membunuh untuk kehormatan'. Pasalnya saudara perempuannya ini dianggap sebagai tersangka dari penculikan anak dari salah seorang lelaki tersebut.

Sepasang saudara ini mencungkel mata Shareefan Bibi (40) dengan pisau tajam dan kemudian memotong kakinya. Dilansir dari The Independent, Jumaat (4/11), Bibi yang berada di pusat kesihatan sejak Selasa, dipindahkan ke sebuah rumah sakit di Kota Multan, kondisinya kini dalam keadaan kritikal.

Dua saudara Bibi yang tega melakukan hal ini padanya adalah Muhammad Afzal dan Mohammad Munir. Keduanya diketahui mendaftarkan kes melawan Muhammad Aslam, yang dipercayai diminta oleh Bibi untuk berpura-pura dalam persidangan.

Sementara itu anak Bibi, Nusrat, kepada The Express Tribune, mendakwa bapa saudaranya memang ingin membunuh ibunya kerana mereka menyalahkan dia atas penculikan anak perempuan Afzal, Asia.
"Mereka memang ingin membunuh ibu saya. Mereka menyalahkan ibu saya atas penculikan yang dialami Asia," ujarnya.

Hingga 2015, jumlah perempuan Pakistan yang meninggal kerana 'membunuh untuk kehormatan' mencapai 1,095 orang. Ramai dari mereka ditembak dan juga diserang dengan air asid, berdasarkan data dari Komisi Hak Asasi Manusia.
Kes ini mencapai puncaknya pada 2013, kala itu 869 wanita meninggal.
Bulan lalu, seorang lelaki Pakistan mengatakan, "tidak ada pilihan lain." Dia mengatakan hal itu usai membunuh adik perempuannya.
Sumber: Merdeka.com 

1 comment:

  1. Pakistan sebuah negara islam..ke negara apa..mana pemimpin agama dan negara??..

    ReplyDelete