Sunday, November 20, 2016

Ilmu ghaib. Pakai azimat agar tidak dapat dilihat, lelaki ini curi daging

20/11/16

Pakai jimat agar tidak terlihat, pria ini curi daging di rumah jagal
pencuri daging  . ©Daily Mail
 Seorang pencuri di Kota Enugu, Nigeria, mencuri banyak daging dari sebuah rumah pemotongan hewan dan mengaku dirinya tidak dapat dilihat setelah membeli azimat dari seorang dukun.

Ketika ketahuan, orang ramai menelanjangi dan memukulnya hingga lembik dan sudah melingkarkan tali di lehernya. Beruntung, polis  kemudian menyelamatkannya sebelum dia mati diamuk massa, seperti dilansir akhbar the Daily Mail,  20/11/16.

Dia kerap mendatangi rumah jagal itu dan pekerja di sana mengira dia memang diperbolehkan berada di sana. Namun setelah beberapa kali diketahui sejumlah daging lembu dan kambing banyak  ghaib.

Ketika suatu kali dia kembali ke rumah jagal itu buat mencuri, seorang pegawai mencurigai dan menyoalnya.

Kerana mengira dirinya tidak boleh diterlihat, dia tetap selamba mengambil daging. Pegawai rumah jagal kemudian menengkingnya "Berhenti! Pencuri!" Massa kemudian berdatangan dan mulai menghajarnya.

Dia kini sudah ditahan polis dan didakwa mencuri.

Menurut warga bernama Egwuatu Chukz yang menyebarkan foto pelaku, lelaki itu dengan santainya mendatangi rumah jagal dan mengambil banyak daging lalu memasukkannya ke dalam karung yang dibawanya padahal di sekitarnya ramai orang melihat.

Chukz mengatakan azimat ditemui di antara kedua kaki lelaki itu. Warga meyakini dia memakai azimat itu setiap kali mencuri daging.

"Kami sedang menyiasat kes ini dan dia akan segera diadili," ujar jurucakap  polis Ebere Amaraizu.  
Sumber:Merdeka.com

No comments:

Post a Comment