Sunday, November 27, 2016

Kenyataan terbaru-MCA tak tentang RUU 355 tapi...

Sinar
Liow Tiong Lai
Liow Tiong Lai. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini menegaskan bahawa partinya tidak menentang rang undang-undang (RUU) 355 persendirian yang diusulkan Pas bagi memperkasa Mahkamah Syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.

Kenyataan beliau itu susulan terdapat salah faham mengenai pendirian MCA berhubung perkara berkenaan.
"Saya rasa memang ada banyak salah faham mengatakan kita menentang RUU. Kita cuma mahu ia dilaksanakan mengikut perlembagaan.

"Ini penting untuk menjaga semangat perlembagaan negara kita. Oleh itu, apabila adanya RUU yang tidak mengikuti semangat perlembagaan negara, kita berharap dapat memperbetulkannya," katanya.
Tiong Lai berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau proses pelaksanaan caj jalan raya (RC) dan VEP di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini hari ini.

Pada perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-63, baru-baru ini, Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan dilaporkan berkata MCA akan membantah RUU itu kerana disifatkan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.

Beliau juga berkata masyarakat Cina amat terganggu dengan RUU itu yang dilihat akan membuka jalan kepada pelaksanaan hukuman jenayah hudud untuk kesalahan Islam.

Sementara itu, dalam sesi dialog bersama Persatuan-Persatuan Masyarakat Cina di sebuah restoran di sini hari ini, Tiong Lai turut memberitahu pihaknya telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji secara teliti kesan-kesan pelaksanaan RUU 355, terutama kepada masyarakat bukan Islam. - Bernama

No comments:

Post a Comment