Monday, November 21, 2016

Monyet tarik tudung, sebabkan 20 maut, 50 cedera

Sinar
20 maut, 50 cedera kerana monyet tarik tudung.
20 maut, 50 cedera kerana monyet tarik tudung.
SABHA - LIBYA. Tindakan seekor monyet belaan menarik tudung seorang pelajar sekolah menyebabkan pertempuran berdarah antara dua puak di Libya, empat hari lalu.

Menurut laporan Al-Jazeera, monyet milik seorang peniaga dari puak Gaddadfa berkenaan juga mengigit dan mencakar mangsa, menyebabkan puak Awlad Suleiman membunuh tiga orang dari puak Gaddadfa dan monyet tersebut.
Ketua di hospital Sabha, Abdel-Rahman Areish berkata 20 orang disahkan maut manakala 50 lagi cedera pada Ahad.
"Pertempuran bertambah sengit pada hari kedua dan ketiga melibatkan penggunaan kereta kebal, mortar dan senjata berat," kata seorang penduduk yang enggan dikenali.

Libya sentiasa dilanda konflik selepas bekas perdana menteri, Muammar Gaddafi digulingkan lima tahun lepas.
Puak Gaddadfa dan puak Awlad Suleiman merupakan puak bersenjata paling kuat di rantau tersebut.

No comments:

Post a Comment