Tuesday, November 22, 2016

Peserta BERSIH5 buat laporan polis posting palsu ‘monyet Melayu’

22/11/16
Seorang pesert BERSIH5 membuat laporan polis selepas gambarnya bersama bekas pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan digunakan dalam sebuah posting "palsu" yang menghina orang Melayu sebagai "monyet".

Shelyn Lim berkata gambarnya pada perhimpunan BERSIH5 digunakan dalam akaun Facebook palsu dengan nama penuhnya 'Suat Ling Lim'.
"Melayu adalah monyet merah yang menyamar, sila balik jamban.

"Bangsa yang tidak bertamadun ini yang membuat saya lari ke London (sic), tetapi sekarang saya kembali untuk acara BERSIH!" petik posting palsu itu.
Antara lain, posting palsu ini dikongsi di forum popular Lowyat.net, laman media sosial rasmi Friends of BN dan Malaysia Today.
Malaysia Today kemudiannya membuat permohonan maaf kepada Lim manakala Friends of BN membawa turun posting berkenaan.

Lim membuat laporan polis di Sri Hartamas pada jam 12:21 pagi Ahad, beberapa jam selepas perhimpunan BERSIH5 berakhir.
"Saya membuat laporan ini supaya pihak berkuasa boleh mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengedarkan laporan rasis ini.

"Saya juga membuat laporan ini sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada saya," petik laporannya itu.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment