Saturday, November 12, 2016

'Politik kami bukan politik wang'

Saifuddin Abdullah
Saifuddin Abdullah.
SHAH ALAM - "Politik kami (Pakatan Harapan) bukan politik (berasaskan) wang!" demikian tegas Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah.

Katanya, pihaknya mengamalkan politik baharu yang menolak politik perkauman seperti diamal pihak lawan.
"Matlamat kita yang paling utama adalah untuk meneruskan agenda perjuangan kita.

"Kita boleh menjertemahkannya dengan membangunkan negara kepada tahap yang lebih baik dari sebelumnya," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya lagi, untuk merealisasikan cita-cita atau impian, pembangkang perlu bersatu menangani kebimbangan politik bersama.

"(Jika) Nak menang pilihan raya, kita perlu bekerjasama sebagai satu pasukan. Ini kali kita bukan mahu sertai pilihan raya untuk jadi pembangkang sahaja, kali ini kita masuk untuk menang!

"Kali ini, kita mahu jadi kerajaan di Putrajaya. Sebab itu hari ini, kita mengalukan gabungan  pembangkang yang lebih kuat," ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment