Sinar Harian
25 November 2016
GOMBAK - Raja repot polis, Abdul Rani Kulup Abdullah menegaskan beliau
sedikitpun tidak merasa populariti beliau digugat ekoran gelagat
pengerusi Gerakan Baju Merah V2, Datuk Seri Jamal Mohammed Yunos.
"Jamal sedikit pun tidak gugat populariti ayah sebab ayah tampil dengan
imej dan perwatakan berbeza termasuk ribuan laporan polis yang sudah
dan akan dibuat..Ayah tak buat hal di jalanan cuma sekadar repot, tak
lebih daripada itu tapi liputan media begitu luas.
"Tapi ayah puji tindakan Jamal dia tak layan kutukan, hinaan, cabaran
orang ramai ajak bertumbuk sebab dia ada 'class'. Ayah pun pernah
dihina, dikutuk, dilapor polis dan pelbagai kecaman oleh netizen tapi
ayah tak pernah layan," katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) itu, sikap
tidak mempedulikan kutukan adalah tips terbaik untuk berjaya dalam arena
politik dan juga NGO.
"Kita mesti bijak dan profesional, jangan mudah kecewa, kecil hati dan
jangan mudah rasa terhina terhadap kutukan dan hinaan orang ramai. Jamal
mesti pegang kata-kata perjuangan Ayah iaitu, Kipidap, Dongibab,"
tegasnya.
Katanya, meskipun tidak menyertai Himpunan Baju Merah namun dia menyokong visi dan misi yang diperjuangkan kumpulan itu.
"Ayah tak akan sertai himpunan tanpa permit macam tu, Ayah hormat polis
tapi Ayah sokong moto mereka iaitu tiada kuning, tiada merah.
"Tapi ketua dan ketua kecil Baju Merah perlu kawal pergerakan anak buah
mereka serta menangani masalah dengan muhibah dan kasih sayang.
"Seruan Ayah kepada NGO pro kerajaan, bersatu hati, jangan dengki,
tuduh menuduh satu sama lain ingat peribahasa bersatu teguh bercerai
roboh," pesan bapa kepada sembilan cahaya mata itu.
Katanya, dia berterima kasih kepada kumpulan Baju Merah kerana mengguna
pakai 'trademark' penumbuk miliknya iaitu genggam tangan paras bahu,
cincin ke depan.
Tambah Abdul Rani lagi, populariti dirinya tidak akan luntur kerana
sentiasa ada sahaja repot polis yang akan dibuat bahkan pelbagai
perkongsian berita dan cerita di Facebook.
"Ayah tahu walaupun berpenampilan pelik dan aneh tapi ayah ada 15 akaun Facebook palsu.
"Sedikit pun ayah tak marah, ayah suka. Itu tanda mereka kagumi dan ikuti perkembangan hidup ayah," selorohnya.
No comments:
Post a Comment