Saturday, November 12, 2016

PPBM tunggu kerjasama dengan PAS

 | November 12, 2016
Presiden PPBM berkata parti itu menunggu isyarat bila akan dapat kembali duduk berbincang dengan PAS sebelum memeterainya mungkin melalui perjanjian persefahaman.
MuhyiddinSHAH ALAM: Selain bersama Pakatan Harapan, Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) juga sedang menunggu untuk membentuk kerjasama secara rasmi dengan PAS.

Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebagai parti baharu, sudah menjadi dasar PPBM untuk menjalinkan kerjasama dengan semua parti politik.
Beliau berkata pertemuan pertama antara PPBM dengan PAS berjalan baik dengan pihaknya kini sedang menunggu untuk mengadakan perbincangan seterusnya.

“PAS juga menunjukkan kesanggupannya untuk berbincang dengan kita berhubung pilihan raya seterusnya, misalnya soal 1 lawan 1. Perbincangan pertama sudah diadakan.

“Sekarang (PPBM) menunggu isyarat bila kita akan dapat kembali duduk berbincang, sebelum memeterainya mungkin melalui perjanjian persefahaman. Saya akan menunggu respons mereka,” katanya pada sidang media selepas Konvensyen Pakatan Harapan hari ini.

Pada 7 November lalu, Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengesahkan partinya memang berbincang dengan PPBM berhubung pilihan raya akan datang, namun perlu berbincang secara lebih lanjut.
Dalam ucapannya, bekas timbalan perdana menteri itu berkata beliau komited untuk bersama-sama dengan Pakatan, tetapi perlu lebih masa agar kedua-dua pihak dapat berbincang secara lebih mendalam.

Sebelum ini, Muhyiddin dilaporkan menangguhkan penyertaan PPBM dalam Pakatan Harapan, yang dijadualkan hari ini, kerana ingin bekerjasama dengan PAS terlebih dulu
FMT

1 comment:

  1. ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH


    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208)


    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    angka;GHOIB: singapura

    angka;GHOIB: hongkong

    angka;GHOIB; malaysia

    angka;GHOIB; toto magnum

    angka”GHOIB; laos…

    angka”GHOIB; macau

    angka”GHOIB; sidney

    angka”GHOIB: vietnam

    angka”GHOIB: korea

    angka”GHOIB: brunei

    angka”GHOIB: china

    angka”GHOIB: thailand

    ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
    0823-9177-2208
    saya pak alresky posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa

    ReplyDelete