Wednesday, November 23, 2016

Suhakam lawat Maria Chin

 | November 23, 2016
Suhakam berkata, Maria Chin meminta diberikan sebuah tilam, satu salinan al-Quran, bahan bacaan dan menemui anak serta keluarganya.
Razali-Ismail-maria
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) percaya Maria Chin Abdullah dipenjarakan secara tidak munasabah.
Pengerusi Bersih 2.0 itu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma yang memperuntukkan penahanan tanpa perbicaraan sehingga 28 hari. Tiada penelitian kehakiman.

Suhakam berkata, mengikut Perkara 9 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia, tiada orang yang patut ditahan sewenang-wenangnya atau dibuang negeri.
Suhakam berkata demikian dalam satu kenyataan yang turut mendedahkan mereka menemui Maria dalam notis singkat.

“Polis sopan. Mereka tidak halang perbincangan walaupun mereka hadir bersama setiap masa.”
Delegasi Suhakam diketuai pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail.
Menurut kenyataan itu, Maria yang tidak dimaklumkan dengan lawatan 90 minit Suhakam itu kelihatan sihat.

“Kami diberi jaminan ada seorang doktor disediakan sepanjang masa,” katanya.
Delegasi itu dibawa polis ke sebuah gimnasium tidak lengkap dan dibenarkan memeriksa sel tahanan Maria.

“Tahap kebersihan dalam sel tahanan Maria dianggap boleh diterima. Bagaimanapun, ia tidak dapat mengelak daripada kurungan seorang diri.”
Menurut kenyataan itu, apa yang dipanggil katil itu tidak mempunyai tilam dan “beliau perlu mencuci dengan air sejuk.”

Rupa-rupanya, Maria memberitahu delegasi itu beliau mahu sekurang-kurangnya sebuah tilam, memandangkan ketidakselesaan tidur di katil kayu.
Beliau turut meminta diberikan satu salinan al-Quran, bahan bacaan dan dibenarkan menemui anak dan keluarganya.

Suhakam sudah mengemukakan permintaan itu kepada polis.
Menurut nota lawatan Suhakam, polis sudah menyoal siasat Maria selama 3 jam.
Maria menyifatkan ia sebagai soal siasat lembut dan beliau pasti akan ada lebih banyak soal siasat menyusul.

1 comment:

  1. Tahniah Tan Sri Razali!!!you are an excellent man for speaking the truth about the irrational detention of Maria. This is unfortunate and an ambarassing government abuse and misuse of power. This will be a laughing stock to the whole world.

    ReplyDelete