Tuesday, November 29, 2016

Usain Bolt 'nasihat' pengurus Manchester United

Sinar Harian
Usain Bolt 'nasihat' pengurus Manchester United
Jose Mourinho (kiri) dan usain Bolt
MANUSIA terpantas di dunia, Usain Bolt berikan pesanan ringkas kepada pengurus kelab bola sepak gergasi, Manchester United; 'Berhenti bermain dengan pilihan pemain!'.

"Dia (Jose Mourinho) selalu ubah benda," kata ahli olahraga dari Jamaica tersebut kepada CNN.
"Gunakan pasukan yang sama! Gunakan kesebelasan pemain yang sama!" kata Bolt lagi yang memang dikenali sebagai peminat United kini sedang menunggu tayangan filem sulungnya, 'I Am Bolt'.

Ahad lepas, Maurinho dihalau ke tempat duduk oleh pengadil, Jonathan Moss selepas beliau menyepak botol minum kerana kecewa pasukannya seri 1-1 ketika menentang West Ham.

Pengurusan United sudah menghabiskan RM892 juta (AS$200 juta) untuk pemain baharunya dan kunci kemenangan United mungkin bersandarkan pada pemainnya, Michael Carrick.

United masih belum tewas ketika Carrick hadir di padang namun pemain berusia 35 tahun berkenaan tidak terpilih untuk kesebelasan utama semasa menentang West Ham semalam.
 

No comments:

Post a Comment