23/12/16
Keputusan BN berhubung pindaan ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang
Kuasa Jenayah) (Akta 355) masih perlu dicapai secara konsensus walaupun
selepas rang undang-undang (RUU) itu diambil alih oleh kerajaan
Persekutuan.
Demikian menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai
maklum balas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Ahmad Maslan
yang mahu parti-parti komponen BN menyokong RUU tersebut sebagai
sebahagian daripada parti pemerintah.
"Agak terlalu awal untuk membuat sebarang pendirian bagi BN.
"Ini memerlukan beberapa siri perbincangan lanjut di kalangan parti-parti komponen BN.
"Selepas itu, saya berharap kita dapat membuat keputusan secara
sepakat," ujar Khairy yang juga ketua pemuda Umno pada sidang media
selepas majlis penyampaian beg sekolah baru kepada kanak-kanak di luar
Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju, hari ini.
Sebelum ini, Ahmad Maslan dilaporkan berkata, ekoran keputusan
kerajaan mengambil alih RUU yang dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang itu, maka, parti-parti komponen BN perlu
menyokongnya.
MCA, MIC dan Gerakan membantah RUU pada masa lalu dengan para
pemimpin tertingginya mengancam untuk meletakkan jawatan jika ia
diluluskan.
Namun, setelah Putrajaya mengambil alih RUU tersebut, adalah tidak pasti mengenai pendirian parti-parti komponen BN berkenaan.
Abdul Hadi membentangkan usul untuk meminda Akta 355 semasa
persidangan Dewan Rakyat bulan lepas. Ia akan dibahaskan pada sesi Dewan
Rakyat yang akan datang pada bulan Mac
No comments:
Post a Comment