Tuesday, December 27, 2016

Felda nazak, tak patut beli saham syarikat Indonesia, kata PKR

 FMT| December 27, 2016
Rafizi Ramli mendakwa Felda kini mengalami masalah kewangan yang parah apabila mencatat kerugian sebanyak RM2.312 bilion bagi 2013 dan RM1.023 bilion pada 2014.
VIDEO INSIDE
Rafizi-Ramli_felda_ehp_600
SUNGAI BESI: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mempersoalkan kemampuan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membayar pembelian pegangan 37% dalam PT Eagle High Plantatations Tbk (EHP) pada harga RM2.263 bilion.

Menurut beliau, Felda kini mengalami masalah kewangan yang parah apabila kerugian bersih selepas ditolak perbelanjaan dan cukai adalah RM2.312 bilion bagi 2013 dan Felda rugi sebanyak RM1.023 bilion pada 2014.
“Jumlah wang tunai di tangan, bank dan deposit tetap yang disimpam Felda berkurangan secara mendadak daripada RM684 juta pada 2013 kepada hanya RM291 juta pada 2014.
“Saya tidak tahu kenapa Felda tidak kemaskini laporan kewangan, sehingga kini masih tiada yang terkini. 

Penyata kewangan Felda diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2013 dan Disember 2014.
“Penyata kewangan bagi 31 Disember 2015 masih belum diserahkan kepada ahli Parlimen,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Invoke, hari ini.
Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak mempersoalkan kewajaran pembelian itu kerana disifatkan terlalu mahal.

Rafizi mendakwa, pembelian 37% pegangan saham itu menyebabkan Felda perlu membayar premium sebanyak 3 kali ganda iaitu pada kadar 290% lebih mahal berbanding harga saham EHP.
“Jika Felda mempunyai wang melimpah ruah sekali pun, tidak ada orang waras akan bersetuju untuk membeli pegangan pada kadar 37% di dalam EHP.
“Yang saya paling tidak boleh terima, pembelian ini berlaku pada ketika Felda mengalami kedudukan kewangan yang sudah sampai tahap nazak,” katanya.

Jelas Rafizi, isu ini hanya boleh dijawab Datuk Seri Najib Razak memandangkan pembelian pegangan saham EHP membabitkan hubungan akrabnya dengan hartawan Indonesia, Tan Sri Peter Sondakh.
“Najib perlu jawab secara terbuka sama ada beliau pernah mengarahkan mana-mana pegawai bawahan hingga atasan untuk meneruskan pembelian saham 37% di dalam EHP yang dimiliki kenalan perniagaan beliau,” katanya.

Pembelian Felda ini menggunakan syarikat khas milik penuh Felda iaitu FIC Properties Sdn Bhd (FICP).
FICP sudah menandatangani perjanjian jual beli saham dan kini menunggu kelulusan pihak berkuasa kedua-dua negara.

No comments:

Post a Comment