Wednesday, December 28, 2016

LIMA ANAK SYRIA MENINGGAL KESEJUKAN

Dato Haji Husam Musa(Facebook) 
 # SOS ALEPPO :
Saya menulis rayuan ini berikutan berita kematian lima kanak-kanak Aleppo dan dua wanita di Kem Idlib kerana suhu sejuk tanpa perlindungan.
Mereka telah meninggal kerana kecuaian masyarakat dunia menghulurkan bantuan segera.

Tumpuan utama YDH sekarang ialah membelikan 250 buah khemah yang sangat diperlukan.

Setakat semalam, kutipan telah mencecah RM 35,000. Kami akan segera mengirim wang itu ke sana untuk membeli khemah-khemah dan peralatan musim sejuk( Blankets/heating fuel or gas jar or Winter Bag)
Selain terima kasih, kami merayu sumbangan tambahan dari Rakyat Malaysia yang prihatin.

Mereka bertarung dengan cuaca dan peluru demi survival hidup.
Rakyat Malaysia pelbagai kaum kaya dengan perasaan belas kasihan dan peri kemanusian. Kaum Muslimin pula mempunyai kewajipan persaudaraan Islam.

Ayuh bersama Yayasan Darul Hijrah membantu mereka!

Akaun kami : Maybank: Yayasan Darul Hijrah (5660 1060 9934).
Maklumkan setiap sumbangan via whatsapp 018-359 0403 dan email ke admin@yayasandh.com untuk urusan resit dan audit.


Tiga warga Syria petugas sukarelawan YDH kini berada di lapangan iaitu Saudara Imad, Husam dan Mohanad. Kami bekerjasama dengan Omari Society For Orphan yang beribu pejabat di Gaziosmanpaşa, İstanbul, Turki. Pertubuhan ini menjaga anak-anak yatim yang baharu tiba dari Syria dan menguruskan kebajikan pelarian.(www.omariorphan.com).

YB Dato Haji Husam bin Musa,
Pengerusi Kehormat,
Yayasan Darul Hijrah.

Berita : http://www.news24.com.eg/Al-Wtn-Al-Rby/461371.html


No comments:

Post a Comment