Sinar
OTWOCK - POLAND. Seorang penyiasat objek terbang tidak dikenali (UFO)
dikatakan memuntahkan cecair hitam sebanyak dua liter sebelum ditemui
mati di sofa, di sebuah rumah.
Memetik laporan Metro.co.uk, pasukan bedah siasat gagal mengetahui
punca kematiannya, sekaligus meninggalkan tanda tanya kepada semua pihak
termasuk ibunya.
Max Spiers, 39, yang berasal dari Canterbury, Kent telah terlibat dan menyiasat ramai ahli politik, dan ahli perniagaan.
Ibunya, Vanessa Bates percaya anaknya telah menemui maklumat penting
dan seseorang membunuh Spiers kerana bimbang maklumat tersebut
disebarkan.
Menurut Bates, beberapa hari sebelum kematian Spiers, anaknya
menghantar pesanan, memintanya menyiasat segera sekiranya berlaku
kejadian tidak diingini kepada Spiers.
Spiers kemudiannya mengalami peningkatan suhu, lemah tubuh badan, dan
memuntahkan cecair hitam sehingga dua liter sebelum menemui ajal di sofa
di sebuah rumah.
Rakan serumahnya, seorang guru Bahasa Inggeris bergegas menghubungi
pasukan perubatan, yang kemudian cuba menyelamatkannya, bagaimanapun
gagal.
Mayatnya dibawa pulang ke Kent untuk dibedah siasat dan dikebumikan.
Bagaimanapun siasatan dalam kes kematiannya masih berjalan.
No comments:
Post a Comment