Sinar Harian
ALEPPO - SYRIA. Beratus-ratus rakyat Syria kembali ke bandar tersebut
Jumaat lalu untuk memeriksa rumah mereka selepas pemberontak
meninggalkan kawasan itu pada hari sebelumnya, lapor voanews.com.
Para penduduk kelihatan menyeberangi kawasan perumahan yang sebelum ini
sangat berbahaya semasa pertempuran Aleppo berlangsung dengan kot tebal
mereka dan mencari barang peribadi mereka di sebalik runtuhan bangunan
di situ malah ada di antara mereka tidak pernah pulang ke rumah sejak
lima tahun lalu.
Walau kebanyakan dari bandar tersebut telah bebas dari pertempuran
namun begitu, masih terdapat keganasan yang berterusan di beberapa
bahagian.
Televisyen tempatan turut melaporkan bahawa pemberontak di luar Aleppo
telah mengebom satu kejiranan di dalam bandar tersebut dan membunuh 3
orang pada Jumaat lalu.
Balai Cerap Syria berpangkalan di Britain untuk Hak Asasi Manusia yang
memantau keganasan mendakwa serangan bermula di kawasan yang dikuasai
oleh pemberontak desa, luar dari Aleppo buat pertama kali sejak operasi
memindahkan penduduk berakhir.
Selain itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin mendakwa bahawa pemindahan
penduduk Aleppo ini adalah ‘operasi kemanusiaan antarabangsa yang
terbesar di dunia moden ini’ serta tidak mungkin dapat dicapai tanpa
penglibatan aktif Rusia, Turki dan Iran.
“Iran, Turki dan Syria telah bersetuju mengadakan perbincangan damai di
ibu negara Kazakhstan, Astana untuk menyelesaikan konflik di Syria.
“Rundingan Damai ini dijangka akan diadakan pada bulan Januari,” katanya sewaktu sidang media akhir tahunnya.
Putin juga turut memuji kerja bagus yang dibuat oleh Presiden Syria,
Bashar al-Assad mengenai konflik yang melanda negara itu dan menambah
bahawa langkah seterusnya buat Syria ialah mengadakan gencatan senjata.
Khamis lalu, Kerajaan Assad mengumumkan mereka mempunyai kawalan penuh
terhadap bandar besar Aleppo buat kali pertama sejak 2012.
Sementara itu, pasukan pemberontak bersetuju untuk keluar dari bandar
tersebut selepas serangan yang berlaku sejak sebulan lalu.
No comments:
Post a Comment