KOTA BHARU - Biarpun pimpinan PKR Kelantan dilihat banyak terlibat
dengan aktiviti anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) berikutan kerjasama
antara keduanya dalam Pakatan Harapan, namun isu mengkhianati Pas tidak
pernah wujud.
Pengarah Komunikasi PKR Kelantan, Mohd Sukirman Mustafa berkata, parti
itu masih sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri malah hubungan
antara keduanya masih baik sebagaimana PKR dan Pas di Selangor.
“PKR dicop khianat hanya kerana ada pimpinan di peringkat pusat dan
negeri hadir ke majlis anjuran Amanah adalah suatu yang bersifat tidak
matang dan menampakkan seolah- olah situasi itu tidak difahami
sepenuhnya.
“Tidak timbul isu PKR mahu khianati Pas Kelantan, kerana kami masih
sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri ini, sebagaimana di
Selangor, hubungan kedua- dua parti berjalan dengan baik tanpa sebarang
masalah,” katanya kepada Sinar Harian.
Sukirman berkata, majlis melibatkan parti komponen Pakatan Harapan dan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu turut dihadiri pemimpin
kanan negeri berikutan mengiringi pimpinan PKR Pusat.
“Ia hanya protokol, apabila pimpinan di peringkat pusat hadir ke majlis
di peringkat negeri, pemimpin di negeri perlu mengiringi, perkara itu
bukan suatu yang baru,” katanya.
Sebelum ini, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan),
Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff menyarankan
agar Pas Kelantan mengkaji semula hubungan antara parti itu dengan PKR
negeri dipercayai berikutan pengkhianatan berterusan dilakukan.
Kamarul Zaman berkata, banyak bukti yang boleh membuka mata Pas untuk menilai kembali kerjasama yang tiada landasan itu.
Dalam pada itu, Mohd Sukirman berkata, umum mengetahui, Pakatan Harapan
terdiri daripada PKR, Amanah, DAP dan Bersatu yang melibatkan
jawatankuasa di peringkat pusat, jadi aka nada majlis melibatkan
presiden dan persefahaman untuk dipersetujui bersama.
No comments:
Post a Comment