Thursday, December 29, 2016

Sukarnya lapor kes rogol di India

Sinar Harian
Sukarnya lapor kes rogol di India
SEORANG wanita menangis selama satu jam tanpa henti sambil menceritakan bagaimana majikannya telah menolak dan merogolnya ketika dia sedang melakukan kerja pembajakan.

Dia menangis ketika menceritakan bagaimana polis menolak aduannya dan tidak mempercayai dakwaannya.
Dia menangis memberitahu kami bagaimana seluruh kampung berpaling menentangnya.

Dia merembeskan air mata sambil menceritakan ramai yang mengelilinginya, termasuk bapa kepada perogol itu dan mereka semua mentertawakan ya.
"Penduduk kampung telah melayan saya dengan layanan yang sangat buruk. Tiada siapa percaya pada saya. Mereka fikir saya berpura-pura.
"Mereka kata mereka akan bunuh saya jika saya tak tarik semula dakwaan saya. Saya tidak berdaya," katanya kepada penulis seperti yang dipetik menerusi artikel The Washington Post.

Tidak mudah untuk melaporkan kes rogol di kampung-kampung di India.
Stigma serangan seksual begitu meluas dan tindak balas pertama mangsa yang dirogol selalunya membisu atau mereka akan dimalukan.
Faktor kasta, wang dan keturunan menjadi ukuran kebiasaannya akan mempengaruhi undang-undang.

Namun laporan mengenai jenayah rogol yang sangat meluas pada 2012 telah  menyebabkan negara itu dihujani persoalan tentang keselamatan wanita khusus di jalan-jalan, sekolah dan tempat kerja.

Di India, hanya kira-kira satu daripada empat kes rogol dapat disabitkan.
Pada masa yang sama, mahkamah India berdepan dengan kes wanita yang menuduh lelaki merogolnya hanya untuk menutup hubungan cinta bersama lelaki lain; atau ibu bapa yang cuba untuk menyembunyikan kisah percintaan anak-anak mereka.

Terdapat satu kes di mana seorang janda, Bina, 35, telah diserang dan dirogol dan tanpa perlu diadili dengan hukum undang-undang sebenar, pemimpin kampung hanya mengarahkan penyerangnya untuk menyentuh kaki Bina (tanda hormat), memohon maaf dan menyelesaikan perkara itu tanpa melibatkan polis.

Pihak berkuasa hanya mempercayai dakwaan tersebut setelah aduan difailkan di ibu pejabat polis daerah keesokan harinya.
Penyerang dan perogol Bina, yang dinamakan Pradhan dikatakan mempunyai kedudukan hampir sama dengan Datuk Bandar di kampung itu.

"Saya tidak campur tangan dalam perkara ini. Biarlah polis mengendalikan kes tersebut.
"Jika ceritanya benar, seluruh kampung akan menyokong Bina. Tanya orang-orang ini berapa ramai yang menyokong beliau?" soalnya sinis.
Tiada seorang pun daripada mereka tampil menyatakan sokongan kepada Bina.

Seorang lelaki yang kira-kira 70 melangkah ke hadapan untuk mengatakan: "Apa yang saya dengar daripada pekerja lain adalah terdapat pertikaian antara majikan dan wanita itu (Bina). Dia tidak mengikuti arahan majikan dan berpura-pura mengoyakkan pakaian dan menyatakan dia dirogol," kata lelaki itu.

Ramai yang berkumpul menafikan kejadian itu dan mengatakan rogol tak mungkin berlaku di kawasan tersebut kerana ia lokasi yang terlalu terbuka.
Bina juga dituduh sebagai wanita yang tidak mempunyai watak baik dan sering mencetuskan pergaduhan dengan orang kampung.
Sememangnya menjadi perkara biasa di negara itu di mana mangsa sering dipersalahkan (dalam kes serangan seksual) di mana tanggapan tradisional beranggapan kerabat kehormat adalah golongan yang suci

No comments:

Post a Comment