Sunday, January 1, 2017

6 sungai di Terengganu, 2 di Kelantan dalam paras bahaya

 | December 31, 2016
Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan hujan lebat berterusan menyebabkan peningkatkan air yang mendadak
banjir-4
PETALING JAYA: Hujan lebat berterusan di beberapa daerah di Terengganu menyebabkan 6 sungai berada dalam paras bahaya.
Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan Sungai Besut di Jambatan Keruak dan Kampung La di daerah Besut dalam paras bahaya pada 3.00 petang tadi.
Paras air di Jambatan Keruak meningkat ke paras 36.63m manakala di Kampung La 22.47m.

Sementara itu di daerah Setiu, 2 lagi sungai turut berada dalam paras bahaya iaitu Sungai Chalok di Jambatan Chalok (8.97m melebihi paras biasa 3.97m) dan Sungai Nerus, Kampung Langkap (22.21m melebihi paras biasa 17.00m).
Sejak tengah hari tadi, Sungai Telemong, Kuala Ping mengalami peningkatan mendadak (meningkat 6.01m ke paras 22.51m).
Di daerah Marang, Sungai Marang di Jam Pengkalan Berangan mencecah paras 4.06m berbanding paras biasa 1.00m.

Di daerah Kemaman, Sungai Tebak di Jam Tebak masuk ke kategori berjaga-jaga apabila paras air mencecah 17.55m berbanding paras normal 15.00m.
Sementara itu di Kelantan, 2 sungai masuk ke kategori berjaga-jaga apabila Sungai Kelantan di Kusial dan Sungai Golok di Jenob di daerah Tanah Merah mencecah paras bahaya (16.34m dan 23.52m).

Manakala Sungai Galas di Dabong, Sungai Kelantan di Kuala Krai, Sungai Lebir di Tualang sudah mencecah paras amaran.
Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas sudah mencecah paras paras berjaga-jaga.

No comments:

Post a Comment