Malaysiakinikini 27/1/17
PAS tetap bertegas menolak kerjasama dengan DAP untuk pilihan raya
umum depan, tetapi masih terbuka terhadap sebarang kemungkinan dengan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata DAP telah
menunjukkan “belang sebenar” kepada umat Islam di Pulau Pinang dan gagal
menjaga kepentingan awam di negeri itu, lapor New Straits Times.
Katanya agenda mereka dan DAP berbeza kerana PAS bukan hanya mahu menang pilihan raya tetapi juga membawa perubahan dalam masyarakat.
Katanya agenda mereka dan DAP berbeza kerana PAS bukan hanya mahu menang pilihan raya tetapi juga membawa perubahan dalam masyarakat.
Hadi berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, Marang, Terengganu, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan terbaru ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang yang kini bertukar fikiran dan sedia kembali bekerjasama dengan PAS bagi “menyelamatkan” Malaysia daripada menjadi sebahagian daripada negara kleptokrasi global.

Hadi berkata, PAS berpendirian begitu kerana DAP masing menolak Islam
dan pembentukan kerajaan Islam sentiasa menjadi teras perjuangan PAS.
Berkenaan BERSATU pula, pintu rundingan masih terbuka, walaupun
pengerusinyaTun Dr Mahathir Mohamad berkata tempoh untuk PAS berbincang
sudah berakhir.
“Kita boleh bincang. Ini negara demokratik,” kata Hadi.
Muhyiddin jumpa timbalan mursyidul Am PAS
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yasin semalam berjumpa Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di kediaman rasminya di Kota Bahru.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yasin semalam berjumpa Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di kediaman rasminya di Kota Bahru.
Dalam pertemuan dua jam itu, mereka turut membincangkan kerjasama bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, lapor Harakahdaily.
“Kerjasama ini amat penting bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 14 (PRU) yang lebih mencabar,” beliau dipetik sebagai berkata.
“Kerjasama ini amat penting bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 14 (PRU) yang lebih mencabar,” beliau dipetik sebagai berkata.
Selain itu, Muhyiddin turut memberitahu bahawa akan mengadakan
pertemuan dengan pimpinan tertinggi PAS Februari nanti “bagi membentuk
kerjasama yang lebih erat”.
Jelasnya lagi, pertemuan yang bakal berlangsung itu sebagai susulan
untuk membincangkan draf kerjasama yang telah dikemukakan sebelum ini.
Harakahdaily juga melaporkan, daripada pertemuan itu Munhyididn mendapati Ahmad, timbalan mursyidul am PAS begitu ikhlas terhadap apa yang dibincangkan.
Harakahdaily juga melaporkan, daripada pertemuan itu Munhyididn mendapati Ahmad, timbalan mursyidul am PAS begitu ikhlas terhadap apa yang dibincangkan.
Sempena pertemuan itu juga, Muhyiddin turut memaklumkan akan
menyerahkan 24 buah rumah kepada mangsa banjir 2014 di Kuala Krai hari
ini.
No comments:
Post a Comment