Bagaimanapun, timbalan presiden PAS memaklumkan pertemuan itu mendapat restu Hadi.
PETALING JAYA: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan
menyertai pertemuan parti Islam itu bersama Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) pada Khamis ini untuk membincangkan kerjasama antara
kedua-dua parti pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Perkara itu dimaklumkan, timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man dan ahli jawatankuasa PAS lain akan mewakili parti itu.
Katanya, Hadi tidak menyertai perbincangan tersebut kerana tidak
terlibat dalam jawatankuasa perbincangan, bagaimanapun beliau
merestuinya.
“Yang akan menyertai perjumpaan PAS dan PPBM ialah saya sendiri,
Setiausaha Agung Datuk Takiyudin Hassan, Naib Presiden Idris Ahmad serta
2 lagi jawatankuasa PAS yang lain,” katanya ketika dihubungi FMT.
Hadi sebelum ini bertegas menolak kerjasama dengan DAP pada PRU akan
datang, tetapi masih terbuka terhadap sebarang kemungkinan dengan PPBM.
Semalam PPBM dalam kenyataan berkata parti itu tetap bertemu PAS
walaupun akar umbi parti marah susulan penghinaan PAS terhadap Tun Dr
Mahathir Mohamad.
PAS turut mensasarkan memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen pada PRU akan datang.
No comments:
Post a Comment