Saturday, January 21, 2017

Kes ikat budak di taska, 4 wanita direman

 | January 21, 2017
Dua hari lepas, gambar kanak-kanak berkenaan yang diikat kaki dan tangan serta mulut mereka ditutup di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Bangi tersebar di laman sosial.
KUALA LUMPUR: Empat wanita yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes 3 kanak-kanak yang diikat dan dipercayai didera di sebuah taska di Bangi dekat sini ditahan reman sehingga esok.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata 4 wanita yang ditahan terdiri daripada 3 pekerja dan seorang pemilik taska berkenaan.

Dua hari lepas, gambar kanak-kanak berkenaan yang diikat kaki dan tangan serta mulut mereka ditutup di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Bangi tersebar di laman sosial.

Tiga pekerja dan pemilik taska itu ditahan petang semalam.
Bagaimanapun, hasil pemeriksaan di hospital mendapati kanak-kanak terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata kes itu disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera.
“Kami akan meneruskan siasatan dan menyelesaikan kes ini secepat mungkin,” katanya.
FMT

No comments:

Post a Comment